SANGGUL TINGGI


Hari ni saya nak share sumting yang dah menjadi trend terkini. Bertudung tetapi sanggul. Ada sesetengahnya mengatakan haram. Ada sesetengahnya berkata ianya berdasarkan nawaitu kita, asalkan tidak bertujuan serong ianya tak haram. Malah bila saya selak-selak laman web, ada juga hadith berkaitan sanggul tinggi ini. Beberapa hari lepas, hari ahad lepas kot kalo tak silap saya, saya ada terbaca dalam ruangan soal jawab agama yang dikendalikan oleh Senator Dr. Masyitah Ibrahim. betul ke pangkat saya tulih tu. Maleh nak search lah...saya bukan berkenan sangat dengan dia ni. Saya lagi suka dengan ustazah Norbahyah atau Ustazah Fatmah Az-zahrah tu..La..melaut ke laut plak ek..

Sambung lagi ek...

Senator tu reply kat responden bahawa asalkan menutup aurat tak haram. Tapi macammana pula hadith yang menerangkan haramnya meninggikan sanggul? Adakah ianya berdasarkan nawaitu kita? So, saya telah mencurik info pasal sanggul tinggi ni kat SUPERKIDS untuk kita kongsi-kongsi bersama. SUPERKIDS jangan marah tau. Saya menyebar maklumat bersama. Mari! Mari! Mari kongsi...



1) USTAZ ZAHARUDDIN:
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
—- beliau menyebutkan tentang dandanan rambut yang pelbagai bentuk. tiada dinyatakan tentang sanggul di dalam tudung.

2) USTAZ NORAMIN
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
— beliau berkata sanggul tinggi adalah harus tetapi jika menjadi fitnah (menjadi daya tarikan bukan mahram) maka dia menjadi haram.

3) BULUH (KREW I LUV ISLAM DOT COM)
Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.
Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.
— beliau berkata sanggul yang dimaksudkan ialah sanggul mereka yang tidak menutup kepala. bagi yang bertudung boleh bersanggul tapi tidak boleh tinggi2 keterlaluan.

4) USTAZ HASRIZAL
“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.
Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.
— menurut beliau sanggul yang dimaksudkan ialah sanggul tinggi di dalam tudung.

5) UMMU HUSNA (ISTERI UZAR)
Jujurnya, rambut wanita yang disifatkan oleh Junjungan Mulia itu sebagai sebesar punuk unta atau bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula dari daya tarik inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan di dalam masyarakat. Walaupun telah mengenakan tutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan pemakainya kelihatan lebih seksi dan menawan.
Lebih malang, bagi wanita yang tidak memiliki rambut panjang, mereka sanggup membeli sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa sedar, dua kesalahan telah mereka lakukan. Dosa memakai rambut palsu, walaupun tersorok di sebalik tudung yang dikenakan; dan kedua, dosa bertabarruj ( berhias dan mempamer kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh badan kepada yang bukan muhrim ) yang amat dilarang.
— beliau memaksudkan sanggul itu untuk mana2 sanggul tinggi di dalam tudung samada palsu atau tidak.

Juga daripada beberapa website international

1) EN.ISLAMTODAY.NET – Sheikh Muhammad Muhammad Sâlim `Abd al-Wadûd
The best way to understand textual evidence – especially when it comes to the legal implications of the sacred texts – is to examine the texts with the full implications of their meanings and their context to ensure that we have a clear and thorough concept of what the text is talking about. This comes after understanding each term and each phrase of the text on its own.
One of the best examples to illustrate the necessity of this approach is the hadîth where the Prophet (peace be upon him) describes the second of the categories of the inhabitants of Hell, saying: “women, clothed yet naked, drawn to licentiousness and enticing others to it, their heads like the swaying humps of camels…” [Sahîh Muslim (2127)]
In order to understand this hadîth correctly, we must have a full understand of what the Prophet (peace be upon him) is describing. If we neglect or fail to appreciate the implications of some of the words and meanings given in the text, then we will consequently fail to understand any aspect of the text properly.
When we consider this text in full, we discern that the Prophet (peace be upon him) is not discussing the heads of women as a topic on its own, nor is he discussing their clothing on its own, nor is he discussing their behavior in isolation.
From this, we must recognize that the Prophet (peace be upon him) is describing a type of woman – a type that is wanton and uninhibited in every possible way. Such a woman dresses improperly; she does not cover what Islamic Law requires her to cover. She is drawn to men and she actively invites their attentions. She employs the limbs of her body in provocative ways and displays her charms in the way that she moves.
It is significant that the hadîth describes the humps of camels as “flopping” or “leaning”. This is quite different from the customary styles that women usually use when they bind their hair atop their heads, where the bun or pile is strait on top of the head and not swaying from side to side.
We must also note that the hadîth does not refer to the hair itself but refers in more general terms to the head. This means that the hadîth is not just talking about the swaying of the woman’s hair, but rather to the way the woman holds and tosses her head in a provocative manner.
On the basis of this realization, we come to the conclusion – and Allah knows best – that the text is not actually prohibiting any particular hairstyle on its own. It is permissible for a woman to bind her hair in any way she wishes – even to pile her hair up and secure it atop her head – as long as she strictly adheres to the well-known dictates of Islamic Law in her dress and her conduct.
– beliau berpendapat apa saja stail rambut adalah dibolehkan, yang dimaksudkan bonggol unta bergoyang2 ialah kelakuan wanita secara umum, yakni berjalan lenggang kangkung sampai goyang2 habis satu badan sampai kepala.

2) ISLAMQA.COM
The second type is “women who are clothed yet naked, walking with an enticing gait, with something on their heads that looks like the humps of camels, leaning to one side.”  Al-Nawawi said concerning the meaning of this passage: al-kaasiyaat al-‘aariyaat (translated here as “clothed yet naked”) means that they will uncover part of their bodies to show their beauty, so they will be clothed yet naked. And it was said that they will wear thin clothes which shows what is beneath them, so they will be clothed yet virtually naked. With regard to the phrase Maa’ilaat mumeelaat (translated here as “walking with an enticing gait”), it was said that it means: deviating from obedience to Allaah and from the commandment to guard their chastity, etc. Mumeelaat means, teaching others to do what they do. And it was said that Maa’ilaat means walking with an enticing gait and mumeelaat means moving their shoulders. And it was said that it means that they try to tempt men by means of showing their adornments.
With regard to the phrase Ru’oosahunna ka asnimat il-bukht (translated here as “with something on their heads that looks like the humps of camels”), this may mean that they make their heads look bigger with veils and turbans, which are wrapped around the head, so that they look like the humps of camels. This is the well-known interpretation. Al-Maaziri said: it may be that what is meant is that they will not lower their gaze in the presence of men, rather they will look directly at them.
Sharh al-Nawawi ‘ala Saheeh Muslim, 17/191
— beliau maksudkan bonggol unta itu sebagai apa saja yang diletakkan di kepala untuk nampak lebih besar dan menonjol seperti veil, turban dan sebagainya.

So, mari kita fikir-fikir bersama. To me, semuanya terpulang pada diri kita kerana Islam ada menggariskan panduan dan Islam itu mudah serta indah. 

Pehal ntah ni tepek pasal berpurdah plak. Sebab saya bercita-cite kearah ini one day...
Insyaallah..Perlahan-lahan saya akan mengenakan berpurdah sebegini. Paling penting bersihkan hati dahulu.
Tada..saya dah testing dah ni....Doakan saya...Amin!!

Comments

  1. so kesimpulannya segala yang berkaitan dengan memaparkan kecantikan kepada bukan muhrim adalah HARAM..

    ReplyDelete
  2. purdah bukan amalan Umat Islam. Rasulullah tak pernah suruh pakai purdah. so, if u wanna choose to wear purdah, please don't mention it's an Islamic attire. coz it is not.

    dlm Quran dh pun menyentuh tentang aurat wanita/muslimah

    (i) Batasan aurat wanita
    Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

    Rasulullah menyeru umatnya menjadi sederhana. tidak mengurangkan malah tidak juga melebihkan.

    Justeru, jelas kepada kita semua dalam beribadah kepadaNya, memadailah dengan bersederhana. Jangan terlalu berlebihan sehingga memaksa dan memudaratkan diri, kerana dikhuatiri sampai suatu ketika, kita akan berasa bosan dan malas untuk meneruskannya (ibadah itu).

    Allah swt lebih menyukai hambaNya untuk beribadah kepadaNya sekadar kemampuan. Yang paling penting di sisiNya bukanlah kuantiti ibadah itu, tetapi kualitinya! Maksudnya, istiqamahnya ibadah (amalan) tersebut! Biar sedikit, janji berterusan. InsyaAllah~

    ReplyDelete
  3. salam..sy suka tgk gmbr2 wanita brpurdah..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts