POST LAJU SYAWAL 1 - 4 1431H


Godek sana sini baca blog kengkawan. Memasing syiok cerite pasal raya! raya! raya! Dalam blog, mukabuku semua tepek gambo posing maut di hari raya. Nampak benar kehapian di hari raya. Saya pula? Nak buat satu entri ni pun berejam amik mood. Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat kurang mood..

Malam Raya : Kereta adik (Dilah) xcident di traffic light persiaran bandar baru bangi. Nasib baik tak de apa-apa setakat cedera di mulut. Adik sorang lagi (Yan) pulak kepala terhentak kat front mirror kes tak pakai seat belt. Walhal selalunya masuk kete terus pakai seat belt. Aduhai..Nak jadi, nak buat camne..Ni kes pemandu lalai, langgar lampu merah! Tak reti nak bezakan lampu merah @ hijau. Kelas memandu dia mengajar Merah - JALAN, Hijau - BERHENTI.  Orang lain jadi mangsa..Malam tu masa report kat balai, nak je saya ganyang pemandu tu. Umur dah tua pun akal takde! Dahlah takde kata maaf ke apa..Blah macam tu je, tinggalkan kereta dia sekali di lokasi xcident sebab witness dan orang keliling dah mula berkumpul. Kecut perut!!! Tq to all saksi-saksi seramai 3 orang yang bersedia ambil statement.

Kepala dak Yan melekat kat depan tu...
Sangat jahanam

Mulut Dak Dilah pecah berdarah coz terhentak stereng!


Raya Pertama : Mood saya tak berapa baik pagi raya pertama. Saya sangat berkecil hati. Bukan sikit-sikit berkecil hati, berkecil hati yang tak boleh dibendung lagi dah. Saya bawak diri sekejap nak bagi hati saya cool. Saya fikir nak lari jauh, tapi economoney..Jadik, saya stay sebentar di satu mahligai...:(...Ah!!! Biarlah dengan perasaan saya tu, bukan ada orang hirau pun!! Saya terpaksa mengikut rentak orang lain, semata-mata menjaga hati orang-orang lain. Biasalah saya kan..What ever it is, saya DIWAJIBKAN untuk mengalah!! Plan petang tu nak balik kg, tapi malam tu adik saya xcident...Nampaknya kurang sebijik kereta. Family saya besar, paling koman pun 4 biji kete nak memuatkan semua. Cik Honda saya pulak ada worksyop. Nasib baik foreman buka bengkel, dan kereta saya dah siap!! Malam tu bertolak jam 10.00 pm dan sampai kampung jam 12.00 am. Tiba di kampung, semua saudara mara dah ada kecuali 1 pakcik dan 1 makcik tak  balik beraya dikampung. Pakcik sekeluarga dikuarantin dan makcik pulak buat ulung-ulung kalinya beraya di rumah mertua after 21 tahun berkahwin..(Ada makna tu..huhuhu)

Raya Kedua : Pakcik saya yg dok Rembau as usual menjadi perancang utama agenda aidilfitri. Rumah saudara yang tak pernah ada dalam agenda berhari raya setiap tahun telah disenaraikan tahun ni. Agak jauh juga dan lokasinya di TEMOH, Perak. Jika perjalanan lancar mengambil masa 1 jam 30 minit, tapi jika traffic..huh! Tak taulah jam berapa boleh sampai. Dari TEMOH (sebelum ipoh), terus ke Kg. Selabak dan kali ni kami skip Bt.  3  dan teruskan perjalanan ke Parit Baru. Penat beraya dari jam 10.30 pagi till 11.00 malam. After solat, terus tidur..

Raya Ketiga : Sekali lagi kesabaran saya teruji. Serius teruji. Kali ni saya tak de cara nak mengcoolkan hati saya. Dan sesi bergambar, saya skip!!! Serius. Bila saya tak cool, saya takkan pandang muka orang yang buat saya sengsara! Saya benci!! Benci!! Saya skip 2 buah rumah tak beraya..Adik beradik saya sahaja yang beraya, dan saya hanya dikereta. Serius saya memang marah!!!! Tapi sebab AIDILFITRI saya terpaksa simpan! At the end, rumah ke-3 dan seterusnya saya turun dari kereta menghormati..Huh!! Nak menuju ke rumah yang terakhir di kampung, saya dapat SMS dari Pak Incek. ' Mak kat emergency. Sesak nafas!' Aduhai..!! After menganyang laksa di rumah Pakcik di SG. BESAR, kami pulang ke KL. Ohh!!! Traffic sangat perlahan dan saya terselisih kemalangan maut. Eeeee..Sangat ngeri! Kami lepak di rumah adik saya di  TAMAN SEMENTA  Klang dan teruskan perjalanan ke Port Klang Rumah Mak Mertua adik saya (Yan). Penat! Penat!! Nasib baik adik saya (Dilah) yang memandu. Dalam 20 min sebelum sampai rumah, adik saya minta saya memandu. Ngantuk katanya. Hahahahaha..

Raya Keempat : Saya berada dipejabat dan punch lewat (Jam 10.00 am). Sedang mengetuk keyboard menulis entri dan mencari idea.

 P/S : AIDILFITRI kali ini langsung tak berseri dan saya sangat bersedih hati. Mood bergambar pun kelaut. So no picture..Yang ada ni pun terpaksa sebab nak masuk blogspot!

Nota kaki : Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, Pemandu Beliau, Pegawai Bank CIMB dan Lawyer yang telah kembali ke rahmatullah dengan dibunuh dengan kejam. Semoga roh-roh mereka dilimpahi dan dicucuri rahmat Allah SWT. Semoga ahli keluarga mangsa bunuh kejam ini sabar dan redha menerima ketentuanNYA. Dan saya yakin rakyat malaysia yang prihatin ini tak putus-putus berdoa untuk kebaikan dan kekuatan ahli keluarga mangsa dan pembunuh kejam ini akan mendapat hukuman yang setimpal!!


Dikatakan ini adalah wajah 3 beradik suspek utama pembunuhan kejam. 
Kredit to CARI.COM.MY

Comments

  1. yelah sabar cik melor..kalo tak sabar dah jadi singa kot..:)

    ReplyDelete
  2. sabar itu separuh dr iman wei...takpe..ALLAH selalu bersama ngan orang yg sabar.....senyum sokmo!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts