Thursday, 26 December 2013

Sarawak, Kuching - Part 3 Santubong dan Habiskan Masa Terakhir (Tamat)

Sebenarnya ada kejadian yang menggusarkan kami sebaik sampai di Airport Kuching ni. Pak Incek dah book siap-siap transport sebenarnya, tapi nak dijadikan cerita sampai je di Airport Kuching, berkali-kali agen transport tu tak angkat telefon. Alhamdulillah saya tak panik. Sebab saya fikir berbekal pengalaman, insyaallah kita boleh bergerak sendiri tanpa tour guide kononnya. Pak Incek terus chartered 2 teksi untuk bawa ke Cipadenes Apartment. Allah maha berkuasa dan membantu hambanya. Sedang Pak Incek berbual dengan driver taxi tu, terus abang driver offer membantu. Bukan abang driver yang akan bawa kami pusing kuching tapi abang driver akan minta kawan² yang available untuk bawa kami. Dan tentulah dengan transport sekali kan...Hah!! Selesai masalah..

Ok kita sambung part ke-3 hari ke-2 di Kuching 24.11.2013. Hari ke-2 ni hari nak balik tapi flight kami malam jam 10.00 malam, jadi kami banyak masa. Pak Incek dah siap extended masa untuk checkout hingga lepas maghrib. Jadi siang tu, kami ke Santubong bergambar kenangan dengan lang yang terbang dari langkawi. Hehehe. Tapi kami tak masuk ke Kampung Budaya Sarawak, memadai merakam kenangan di gate masuk. Hehehe...
Pakcik pemandu kami bagitau, puteri dah siap masak. Nampak tak kat belakang tu? Macam orang sedang berbaring
Puteri dan mula masak 





Merakam memori di hadapan Kampung Budaya





Kitaorang bergerak awal pagi ke Santubong, sebab taknak berpanas kononnya. On the way perjalanan balik singgah kampung yang terletak di Santubong. Saja nak buang masa. Balik menyinggah Pasar Satok

Saya paling sukaaaaaaaaaaaaaaaa market kat Sarawak ni. Macam-macam ada buah yang saya tak pernah nampak di Semenanjung. Dan paling suka bila tengok makanan laut dan sayur segar-segar belaka. Mas atu rasa macam nak duduk terus kat Sarawak. Haha.... Sebab tu lah 2 kali kami ke Satok sebab geram dengan udang ikan dan sayur segar. Macam nak borong balik semenanjung je ok!

Ada tak buah ni kat Semenanjung? Takde kan..Buah apa pun tak ingatlah namanya


Yang ni ada kejadian sengal! Saya ingat nama buah ni Setompok, tunjuk dekat adik dan bagitau 'Kat tempat kita panggil buah kuinin kan?' Adik bantai menjawab 'Kat sini pun kuinin, setompok tu maksudnya sepinggan tu'. Hahahahha

Asam Ambang. Menurut penjual rasanya macam-masam dan boleh dimakan begitu atau dibuat ulam.


Laju abang ni buat kerja tau

Yang berharga RM35 tu Original terubuk Sarawak dan yang RM12 tu import punya. Kata mereka lah!

Proses bubuh garam pada ikan terubuk. Cuba perati betul², garam yang mereka gunakan agak putih dan lembut.

Menyediakan tangkai untuk diletakkan pada kotak. Kita nak carry pun senanglah

Ini saya punya yang dah siap seal dalam kotak dan bertangkai. Mudah untuk carry





Sedap tau!

Bukan putu piring ye kawan-kawan, ini putu mayung. hahaha



Siyes jambu air ni manis sedap dan segar

Segar weihh! Kalau tumis sodap ni





Lepas puas shopping mata di Pasar Satok, kami makan-makan-makan dan makan di Mom's Laksa. Siyes sedap.Kalau korang pertama kali datang sini, datanglah. Sedap-sedap belaka makanannya. Serius!




Kami singgahdi bandar Kuching untuk membeli buah tangan di kedai-kedai yang menjual barangan kraf.  Sempat saya menyeberang jalan di dataran kuching tu, tengok anak muda menyanyi. Sempat saya berjoin!


Band jalanan ni menyanyi lagu sedap weihhh

Ada pertunjukan magic juga.

Sampai sini percutian singkat kami.



Sementara nak checkin!!

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998