Owner
Nak tau pemilik blog ni siapa??
Ini lah pemilik blog yang telah diputerikan pada November 1977 dan nama yang tertulis di surat beranak adalah Nor Hamizah. Kenapa jadi Alejandra Amante? Nor Hamizah = Alejandra adalah nama yang terhasil dari peralihan nama dalam bahasa sepanyol. Faham tak? Tak faham pun kene fahamkan tau! Akhirnya melekatlah nama Alejandra hingga sekarang tetapi hanya di maya.
Realitinya, azah/miza/nor/hamiza/nor hamiza adalah nama yang cukup mesra untuk saya. Seorang yang agak pemalu.
Serius, saya pemalu dan 8 dari servey yang saya laksanakan menyatakan saya kelihatan agak sombong dan tak mudah didekati sekiranya tak mengenali saya.
Haaa..Try la. Sebab dah selalu orang cakap macam tu, saya tak kisah langsung. Nanti dah kenal saya baru tau..saya kuat pot pet lagi-lagi kalau jumpa padanan.
Dilahirkan sebagai puteri sulung dan memikul tanggungjawab kepada 6 adinda. Haipppp!!! Mereka kalau degil memang siap lah saya mengaum..:)




