Khabar Sedih - Ep 4 - 07.06.10

Entry lepas saya ada tulis makcik dijangkiti kuman pada paru-parunya juga kan. Semua tu gara-gara komplikasi buah pinggang. Kidney makcik dah tak boleh memproses dan air menyebabkan naik ke bahagian paru-paru. So, kuman spread out. Sebab tu lah makcik mengalami batuk yang teruk dan berkahak selain demam yang tak kebah-kebah. Makan tak usah ceritalah. Semua dia nak makan tapi setakat sejemput dua. Lepas tu tak nak makan. Makan pun untuk tenaga.

Jarum berselirat kat lengan untuk masukkan air, antibiotik . Darah pulak 6 bag diperlukan. Mujur sahaja makcik darah A+. Mudahlah untuk mendapatkan stok darah. Kalau kene saya yang perlukan darah O? Uhhh..Jenuh lah. Setiap pagi doktor akan mengambil 2 tube darah dari makcik. Habis lebam biru lengan makcik. Kadang-kadang kesian tengok makcik terpaksa batuk sepenuh hati setiap pagi untuk berikan sample kahak pada doktor.

Tiap hari saya berulang alik. Penat? Memang pun penat, tapi nak buat macammana.

Comments