MENGAUM TAK BERTEMPAT
Saya tak faham sungguh dengan manusia yang suka MARAH-MARAH ni. Marah ni ada penyebab dan banyak penyebabnya. Kalau marah yang berkaitan kerja di pejabat ni mungkin ada beberapa faktor. Sila tumpu kalau yang marah adalah senior/officer kita. Meh saya senaraikan yang kebiasaannya:
1. Dah arah/ajor banyak kali tapi tak reti-reti @ buat-buat tak reti.
2. Staf bawah melawan cakap
3. Dah bagi remind banyak kali tapi buat derk jer
4. Tak siap keje
5. Masuk lambat
6. Tak disiplin
7. Gayut kat tepon
8. Tenet
9. Mesyuarat tingkap
10. Lain-lain pk sendiri
Tapi macammana kalau Officer yang marah tu adalah yang ego, tak mengaku salah sendiri, poyo dan berlagak sebab dia officer? Makhluk yang macamni lah saya tak faham. Pegang tittle 'pegawai', dah lah buat keje bodoh tak guna otak then nak marah orang atas kesalahan sendiri pulak tu. Maha hebat takmo ngaku perkara yang dibaut tu salah sendiri still nak letak salah tu kat orang. Dah tu pulak, nak kene baut suara-suara nyaring nak marah orang. Mentang-mentanglah orang yang dimarah tu staf bawahan. Ingat staf bawahan takde otak nak nilai betul@salah? At the end bukan ke awak yang malu? Kenapa la nak nyaring-nyaringkan suara bila marah? Testing nak masuk AF ke apa? Konon nak cover malu sebab salah sendiri ke? Carik cara lain lah kan?? Tak fahamlah apasal bila pegang title 'pegawai' harus poyo kentut macam hampes bila nak marah orang? Lepas tu pulak harus mempersoalkan keje orang lain. Iskh!! Sendiri punya salah nak mengaum sana sini. Apa punya officer dengan cara macamtu. Pada hemat saya la...huhuhu. Tak kira apa, kita salah ke, staf bawahan salah ke, apalah salahnya rendahkan tone suara kita. Tak salah..Tanya dengan cara berkhemah. Lagi-lagi dah tau kita ni nak minta tolong, lagi la kene wat suara ala manja getis gitu. Kalau kita tak salah, apa salahnya kita respond dengan cara yang baik. Tentulah orang yang hangin marah-marah akan termalu dengan kita. Susah sangat ke? Mende kecik tu perlu ke dibesar gajah kan? Gajah jugak dapat nama. Tak ke gitu?
Morale of the story, kita ni ada level di pejabat @ di tempat kerja. Tapi tak salah menghormati antara satu sama lain. Dengan membesarkan dan menjengilkan mata sebesar bola golf atau menyaringkan suara ala ning menyanyi atau mengaum macam rimau betina tidak akan menampakkan anda kacak, bergaya, bersopan santun waimah mesra rakyat!!
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.