Friday, 22 January 2010

PAK INCEK MENGIDAM


Pak Incek : Erm....Tingin nak makan sesuatu..
Mak Incek : Nak makan pe?
Pak Incek : Asam Pedas Daging Tetel Melaka...
Mak Incek : Ouh....Nanti tengok camne ek..(Terus letak tepon)

Saya ada masalah negara hari ini..Pak Incek tiba-tiba teringin nak makan Asam Pedas Daging Tetel Melaka. Sudah! Saya sepanjang hidup ni tak pernah masak APDTM (singkatan). Apa mimpi Pak Incek pun saya tatau la. Jenuh saya buat research camne nak masak benda ni. Ni mesti kes dia rasa saya masak ketam sambal special saya tu sedap kot. Hahahahh..Perasan ek...Pak Incek punyalah semangat nak saya buat APDTM tu till sanggup tanya mak dia. Ceh!! Sangat malu saya tau..Yappedaa...Nak tanya mak pun saya segan gaban. Anyway, ada few cara masak yang saya jumpa. Balik ni saya akan try and error. Pastu calling dia soh dia rasa. 

Asam pedas ikan ke, ayam ke, kari ke ikan ke, mee kari ke, laksa ke, mee rebus ke, mee bandung ke taulah saya camne nak masak. Ini APDTM...Mau menjejeh air mata saya masak ni. Saya tak rasa saya penah makan pun sebab saya tak suka/kurang suka DAGING MERAH!

Ini baru minta Asam Pedas Daging Tetel Melaka...Dan sebelum ni Pak Incek penah cerita that BELUT tu sedap! Ayoyo..ama apa...Haruan dan keli pun saya tak makan dan tak pernah sentuh, ini kan pula BELUT. 

Meraung saya after tawen nanti kalo kene masak mende-mende itew. Ouh.. Tekak saya sekarang sudah rasa lain. Bulu roma saya sudah meremang. Wahai Pak Incek tercayang...Nanti kalo tingin nak makan masakan Keli dan Haruan, apa kata balik umah bakal Mak Metua Pak Incek je. Kalo nak makan Belut, balik umah bakal Mak metua Mak Incek ye.. Boleh lah..Boleh lah...huhuhuhuhu...

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998