Ikan Bakar atau Sweet Sour

Semalam 28.05.2010 (Jumaat) @ Wesak Day saya dengan Pak Incek lately nih macam teringin sangat nak makan Ikan Bakar. Nak makan di Tg. Harapan @ Tg. Gila macam dah rasa tak sedap kat sana. Nak ke melaka macam jauh sangat. Nak ke PD, rasanya macam biasa-biasa aja. Paling tidak pun harapan kami biarlah ikan bakar tu sesedap di kedai hujung belakang Istana @ Jalan Bellamy. Hari cuti mana bukak kan? Tengah drive dengan selamba saya sebut Bagan Lalang! Pak Incek ttiba pulak menjawab ok! Jom!. Apa lagi. Hahahha..Hengat dekat? Jauh wooooo...Lama dah saya tak makan banyak-banyak sampai sendat perut kat Bagan Lalang. Memula Pak Incek drive cam ok je..Dah lama bila dia tengok sampai ke Sg. Pelek tapi tempat nak di tuju tak sampai-sampai dia mula mengeluh. Hahahah...Siap tukar driver lagik. Tak sampai 10 minit drive, tempat best ikan bakar Bagan Lalang pun sampai. Sakit jiwa raga Pak Incek. Saya lagilah gelak-gelak nak mamfus.*wink* 
Saya terus tuju kedai makan paling hujung sekali di selekoh sebelah kanan. Mungkin memang rezki, walaupun ramai pelanggan tapi kami dengan mudah dapat sit. Apa lagi..Proses mengoder. Masa drive lagi dah bagitau nak makan fokus kat lauk-lauk je. So additional such as sayur-sayur tak perlu lah. So..menu kami??

.
.
Jenahak Sweet & Sour
.
.
.
 

Bamboo Shell @ nama saintifiknya Pepahat masak pedas. *wink*
.
.
.
Sotong Gergasi Goreng Tepung
.
.
.
Sup Ekor Power (Additional je ni. Kalo takdak soup sat lagi makan nasik kering le)
.
.
.
6 batang otak-otak gemuk
.
.
.
Nasi Putih
.
.
.
Air Tembikai Laici

Sejam kami tunggu woo. Tapi berbaloi sedap giler dan terang seme pinggan. Hehehe..Gile licin kami makan, tapi saya tak habislah nasik. Ada setengah lagi. Sharp on 9.00 pm kami tinggalkan kaunter bayaran dengan resit berjumlah RM81.90. Berbaloi? Berbaloi-baloi. Pak Incek senyum sebab puas hati dan terus memandu dengan berhemah. Sharp 10.00 pm trus park kete kat L2 untuk menonton Robin Hood 2010. Nasib baik  tayangan jam 10.05 masih belum mula. Sangat hebat kerana seme berjalan lancar tanpa dirancang walau pun setengah perjalanan cerita, Pak Incek tertidur dan ada bunyi background Robin Hood. Hahahha..Penat ek? 

Tapi saya till today masih fikir pesal pulak plan nak makan ikan bakar dah tukar ke Sweet n Sour? Pelik!! Ada sapa tau? Sila beritahu kerana saya tak tahu dan saya nak tahu..

Comments

Popular Posts