Saturday, 29 May 2010

SINOPSIS PRINCE OF PERSIA : THE SANDS OF TIME

Banyak nak citer. Tapi satu-satulah ek..huhu. Maklumlah cuti hari wesak. Nak holiday jauh-jauh jangan haraplah. Kering poket ni. Poye-poye jelah ekkk...Memula saya nak citer  pasal semalam 28.05.2010 (Friday) @ Wesak Day pasal 'PRINCE OF PERSIA'. Best! Best! Best! Eloklah korang cepat-cepat tempah ticket. Kalo saya dah kata best tu, memang best arrr...Hahahah.. Meh saya cite sket 'PRINCE of PERSIA'
PRINCE OF PERSIA berkisarkan zaman masihi lagi la. Negara Persia diperintah oleh Raja yang bernama King Sharaman dan dibantu oleh adiknya Nizam serta 2 anak lelaki GARSIV (Toby Kebbell) dan TUS(Richard Coyle) serta 1 anak jalanan yang diambil sebagai anak angkat bernama DASTAN (Jake Gyllenhaal). Adinda King Sharaman ini sebenarnya berniat jahat untuk mengambil tahta kekandanya. Oleh yang demikian, NIZAM (Gisli Orn Gardarsson) telah merancang satu agenda dengan mempergunakan 3 anak saudara beliau. Beliau telah mencucuk agar menyerang negara suci yang diperintah oleh PRINCESS TAMINA (Gemma Aterton). Kononnya negara suci itu telah mencipta senjata secara senyap untuk menyerang Persia. Namun sebaliknya Nizam berbuat demikian adalah bertujuan untuk mendapatkan sebuah jam pasir yang berisi Sands of Time (pasir waktu).

Konon, menurut legenda Persia, barang siapa memiliki sebuah jam pasir yang berisi Sands of Time (pasir waktu) akan mampu membalikkan waktu. Jam pasir ini adalah pemberian para dewa yang tak bisa dipergunakan sembarangan. Di tangan orang yang baik, jam pasir ini bisa mendatangkan kebaikan dan sebaliknya di tangan orang yang jahat maka kehancuran yang ditimbulkannya juga tidak terbayangkan.

Satu-satunya orang yang boleh mengeluarkan 'pasir waktu' ini dari dalam jam pasir adalah Dastan  yang memiliki Dagger of Time (belati waktu). Dastan, bukanlah lelaki yang jahat namun dengan tipu daya Nizam yang dianggap seperti pakciknya sendiri, Dastan akhirnya melepaskan 'pasir waktu' ini dan mengakibatkan kekacauan.

Seluruh kerajaan seketika musnah dan penghuninya berubah menjadi monster yang menakutkan. Kini keselamatan seluruh dunia berada di tangan Dastan.Dia  harus  mengembalikan 'pasir waktu' ini ke dalam jam pasir dan menghentikan kehancuran di muka bumi. Usaha Dastan untuk membetulkan keadaan ini dibantu oleh Princess Tamina yang bersedia membantunya dalam misi mulia ini.Nak tau seterusnya?? Pergilah menonton sendiri..Hehehehe...



No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998