Hong Kong 2014 - Part 1

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru serta tak lupa Happy Chinese New Year pada yang menyambutnya. Entri terakhir saya adalah pada Disember 2013 tahun lepas dan Entri Ucapan tahun baru 2014 tak muncul². Rasanya tak terlambat nak ucap tahun baru pada semua? Macmamana azam tahun lepas? Dah lepas target atau masih di takuk yang sama? Anyway, takpelah pun kan, capai ke tidak ke kita sendiri yang tau yang penting kita jujur pada diri sendiri. Bila jujur, kita pasti tau apa yang diperlukan untuk diri kita sendiri.

Awal tahun baru saya mengambil cuti panjang untuk bercuti. Lokasinya tak jauh sangat pun, perjalanan cuma mengambil masa 3 jam 45 min sahaja menaiki Air Asia. Nak tau kemana?? Nak tau tak? Gile poyo...
Tercapai jugak cita-cita nak pergi tengok tempat orang. Dengan hati berkobar-kobar, book tiket kapal terbang dan hotel. Ada satu perangai Pak Incek, ikut suka dia je bila nak pergi time tu jugaklah dia book flight ticket. Sebulan sebelum bercuti Pak Incek arah saya book macam-macam. Sabar je lah!

Bab schedule ni memang la Pak Incek serah kat saya bulat². Seminggu sebelum bertolak, saya google sana sini cari maklumat, cari apps yang sesuai untuk di gunakan. Macam biasa saya akan pilih penerbangan seawal pagi iaitu 625 pagi. Bukan apa, masa tu si kecik bambam tidur, taklah meragam dalam flight. 

Malaysia dan Hong Kong tak berbeza waktu kecuali waktu maghrib lebih awal. Arah kiblat kat sana 286 darjah sana ye! Sampai di Hong Kong Airort lebih kurang jam 10.30 pagi. Kagum sekejap sebab airport HK gila besar okeh. Kaalo korang travel dengan baby dan bawak stroller, tak payahlah korang nak tunggu tepi aircraft untuk collect stroller sebab diaorang akan hantar stroller korang kat tempat baggage. Pak Incek angkat je Iman, dan ketika nak melepasi security tu, ada anjing cium² kaki Pak Incek dan adik. Hahaha..tergelak saya sebab Pak Incek terkejut. Tapi anjing tu tak langsung tak cium kaki saya pun.
Untuk ke terminal seterusnya kene naik airport bus yang disediakan. Sampai terminal untuk collect baggage kene melepasi lagi security yang akan cek suhu baby pulak. Nasib baik Iman tak demam so kami jalan terus je lah dan collect baggage. Kat situ akan dikumpulkan juga stroller so korang boleh collect stroller kat situ.

Settle collect baggage, kami menyelusuri kedai dalam airport untuk mendapatkan simkad. Untuk ke HK kali ini memang saya taknak roaming, memang saya merancang untuk pakai simkad sana. Unlimited untuk 7 hari harga RM105.31 = HK248

Transport paling popular, pantas dan cekap adalah MTR.  

Kami tak pilih MTR dari airport ke Tsim Tsa Tsui sebab baggage kami banyak. Jadi kami pilih taxi. Kat sana ada 3 teksi, Hijau, Merah dan Biru. Kat taxi stand tu ada kaunter, kita cakap je nak ke hotel mana dan nanti depa bagitaulah kene naik taxi mana. Taxi diaorang tu kat luar nampak je cam old fashion tapi dalam dia best tau! Tempat duduk belakang selesa sebab luas dan boleh duduk 3 orang dewasa.
Saya pilih untuk tinggal di Park Hotel, Tsim Tsa Tsui dan kos dari Airport ke Tsim Tsa Tsui lebih kurang dalam RM150.

Kat sini kami tinggal


Kagum sekejap tengok bangunan tinggi-tinggi
Kami sampai di Park Hotel lebih kurang dalam jam 12.00 tengahari. Masa tu hotel tak ready lagi tapi dah boleh check in. So, kami tinggalkan barang-barang kat lobby dan jalan sekitar HK. SASA adalah sangat banyak di sini. Asal lorong mesti jumpa SASA. Murah atau tak? Tengok item jugak.

Lebih kurang jam 1.30 kami dapat masuk bilik. Hotel kat HK ni square feet memang kecik-kecik je. Tu pun rega dan riban untuk semalam. Kami berehat, solat, makan bekalan sebelum keluar lagi. Kedudukan kiblat ialah 286 degree tau.

Stok 3 orang macam sebulan punya...hahhaha

Ni kerja budak kecik ni
Maghrib di sini awal, jam 6.30 pun dah gelak macam jam 7.30 petang. Lepas maghrib kami keluar berjalan-jalan lagi kat sekitar Park Hotel. Kami singgah di kedai buah-buahan sewaktu berjalan-jalan. Buah memang best fresh tapi agak mahal sikit harganya.





Kat Promenade. Banyak lampu bangunan




Gue bz baca arahan MTR App mencari Avenue of Stars
 




Hotel dan Promenade Tsim Tsa Tsui tak jauh, kami jalan slow-slow sebab sejuk. Jalan punya jalan sampai ke Avenue of Star. Kat sini memang sejukkkkkkkkkk okeh. Kene pakai baju tebal sikit. Avenue of Star tu banyak arca pembikinan filem. Lokasi di tepi laut dan sepanjang jalan ada patung-patung krew belakang tabir perfileman. Nama-nama artis Hong Kong tercatat di sepanjang laluan. Patung Jed Lee juga ada di laluan. Cuaca yang sejuk. Jalan terus untuk melihat tayangan Symphony of Lights Hong Kong.  Setiap malam ada pancaran lampu laser dan pada orang macam saya yang bukan seni sangat ni, pancaran tu biasa-biasa je. Yang tak biasa adalah sejuk tahap jengga. hehehehe..Ramai orang sibuk nak bergambar dan tunggu pancaran

Jakie Chan punya tapak kaki
 
Tak sure Pak Incek ni kenal ke tidak Nicholas Tse

Dengan lightsman

Jet Li
Nak belagak kami dah sampai sini! Sah jakun..hehehe
Inilah pancaran lampu tu..heheh

Pandu arah di sini amat senang korang nak paham. Day 1 lagi sure korang dah teror













Comments

Popular Posts