Thursday, 24 December 2009

J CARD DAY 22-23 Dis 2009 - JUSCO CHERAS SELATAN

Petang semalam sharp jam 5 Pak Incek saya telah menelpon dengan pesanan ' Sharp 5 nanti terus turun balik. Nak gi JUSCO'. Tak sempat saya menjawab terus senyap je bunyi fon...Tuuuuuuutttt...tuuuuuutttt... Ramai giler orang melabur kertas biru merah semalam. Kami masih dalam kategori pembeli berkhemah tau. Kebanyakan orang beli comforter 2-3, tapi saya cuma beli satu set complete pillow je. (Bohong....Sebab poket kering, kalau berat poket selori kot saya borong..!!) Penat tengok karenah orang menyopping barang. 
After sendatkan keta dengan barang-barang, saya ajak Pak Incek makan. Dah abih menyopping baru teringat sehari tak makan lagi. Saya dengan baik hatinya membelanja Pak Incek makan di Johnny's. Ah..!! Sangat lapar macam pelarian uganda yang kebolor. Masa tunggu soup tu menggelegak perut saya menyanyi. (Ntah jiran table belakang saya pun boleh dengar). Port kami tepi cermin sbb senang nak tengok orang lalu lalang. Kot ada paparazzi, senang sket nak bertindak. Khusyuk saya makan, tetiba ada orang ketuk cermin. Muka saya amat blurr sebab tetiba ada uncle bagi isyarat tumb up kat saya. Pak Incek buat muka sengal pastu senyum...Hahahah..Rupanya uncle tu puji saya menenyeh chopstick dengan betul. Haha..Pak Incek sangat jeles sebab dia tatau gunakan chopstick. Saya adalah anak jawa yang poyo kononnya pakai chopstick boleh sama teror dengan orang putih kuning mata sepet. :) Layankan gambar nih...



Saya tak berada disitu sebab saya tukang tangkap gambar

Tunggu teruna dara saya besar, saya akan sibuk membeli seeprti ini (hihi.. gatal...!!)



1 wing duduk diam dalam pewut Pak Incek

Camne saya nak kuwus??? 


No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998