KEMALANGAN NAHAS NGERI SANI EXPRESS

Saya tau news nahas ngeri bas SANI EXPRESS yang mengorbankan 10 nyawa trough TV. Saya tak follow up pun dalam paper as usual. Sebab saya rasa malas! Kenapa? Sebab kerap sangat kemalangan seperti ini berlaku tapi tak nampak pun ada tindakan yang berkesan diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan ngeri bas xpress.. Ya! Takdir tuhan. Tetapi saya tetap anggap itu satu kecuaian. Jika tak silap saya, bas terbabas kerana pemandu terlelap. Macammana memandu bas boleh sampai terlelap? Apa langkah dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak berwajib? Perkara ini dari dulu dah ditimbulkan. Setiap kali kemalangan ngeri berlaku barulah nak kecoh-kecoh sana sini. Pastu senyap. Ada nahas ngeri membabitkan bas express, kecoh lagi. Sampai bila nak abis? Sempat juga saya tonton wartawan buat liputan apakah tindakan yang berkesan untuk mengurangkan kadar nahas. Bila reporter tu call LPKP after 5 pm dan during sabtu ahad, machine yang jawab je. So macammana tu? Haih..entahlah...

Comments

Popular Posts