SAYA BERPOYA DI IKEA

Seronok gaban dah 2 minggu kerja 4 hari je. Jumaat cuti. Heheheh...Minggu ni pun kerja 4 hari je. Jumaat Xmas. Hehehe. Last friday saya telah berjaya memujuk Pak Incek untuk berjalan-jalan sebab saya buhsan gaban tatau nak buat apa. Saya telah memergikan diri ke IKEA. Dengan alasan sebey perabot untuk rumah baru nanti. Hik hik hik. Gatal seh. Ntah apa mimpi Pak Incek setuju tapi muka dia muncung bila dah dekat nak sampai IKEA tu jalan jammed. Mau 2 jam Q. Apa lah ramai sangat manusia pun nak IKEA. Nak parking keta pun susah. Tension tol. Sib baik saya ada ide bernas maha bijak untuk stop je keta kat mana-mana, nampak je keta kuar terus terjah. Sila tepuk tangan dengan kecerdikan saya. At the end terbang juga RM tapi beli mende-mende kecik sebab kami masih teguh hanya sebey. (Bohong! Saya sebenarnya tengah kering sebab tu beli menda kecik jew..hik hik. Tak lama saya berjalan dalam showroom IKEA tu sebab nak berjalan pun susah. Orang sangat ramai sampai saya takde mood nak amik gambar showroom yang saya suka. Ferasss tau...

Balik dari IKEA saya memiangkan diri singgah IOI Mall Puchong dengan alasan tingin nak makan Pizza Hut. Punyalah bijak alasan saya tu macam tempat lain takde Pizza Hut. Sudahnya kami makan kat food court je. Ouch! Saya kecam itew food court kerana makanannya dahlah tak sedap, pstu mahal, pastu sebis pun ampeh!! Saya sangat marah dan takmo makan lagi kat situ. Tenkiu Pak Incek sangat bes melayan saya hari itu.

Balik rumah hampir jam 11 malam saya terus melantak En. Limau. Dan tengah malam tu saya sakit pewut sebab limau kecik-kecik hampir 20 biji saya telan sendiri. (Dasar tamak lahoba la ni..) Sila jangan ikut ye....

En. Limau kecik

Comments