Friday, 1 January 2010

30.12.2009 Meeting @ PETRONAS TWIN TOWER

Semalam saya telah berfoya-foya bermeeting di menara PETRONAS. Refer sidebar saya tu ada project 2010 dengan kumpulan Petronas kan? Meeting  oitulah yang saya kene pergi tu ok! Dengan penuh rendah dirinya, hina dinanya, dengan penuh jakunnya itulah pertama kali saya menaikkan diri ke tingkat 43 Petronas Twin Tower. Kalo tak sebab bermeeting, jangan harap la saya dapat naik dan tengok view KL yang indah permai.. Wargh!!! Semangat gitew...

Sangatlah strict nak masuk opis Petronas ni ghupernye. Kene melalui few proses. Ala..saje je la saya nak story-story kat sini. Saya tau ramai yang dah tau dan adeban advance..Saya je yang jakun terlebih. Tapi tak kira..Saya nak cite gak...Manalah tau anak cucu saya baca nanti. Hahahah.

Memula scan muke di kaunter. So, saya telah mengsenyumkan diri saya secun yang boleh.Hahahah.. Walhal mungkin pengimbas muka tu telah mengimbas lubang hidung saya jew. Kemudian saya kene melalui laluan macam laluan di pintu masuk airport. Yang polis cek barang dan sentuh-sentuh badan le kan...Then barulah saya perlu naik eskelater sebelum masuk lif di tingkat satu untuk naik ke tingkat 42. Di tingkat 42 saya sempat amik gambar pemandangan KL tu. Gayat siot..Bila tengok bawah cam nak terjun jek. Hahahahha..Itulah kebongokan saya yang paling terserlah. Ermmm..korang pun ada tak rasa macam saya? Kemdian En. Officer (ex student di U*M) tunjukla keadaan sekeliling tingkat 43 Petronas tower. Mak Incek rasa macam buat lawatan masa sekolah rendah dulu. plak.Hahahha....Bz lah jugak saya mengtangkap gambo sebelum dipanggil meeting. Cheeeeehhh!!! Kacau feeling arr....


Tengah meeting perut pulak menyanyi..Saya tak mamam dari pagi tau. Meeting abih jam 1.45 dan saya dihidangkan Beriani T. What T???? Korang makanlah dulu....Sebab En. officer yang bermeeting bersama dengan saya minta saya makan dahulu..Adeh!! Jenuh saya pikir mende le T. Sebab lapar saya belasah je...Sedap siut!! Ok..Saya dah ngantuk gaban. Esoklah saya post picture tu..Newey..HAPPY NEW YEAR 2010 to all readers!!!!!!!!!!!!!!


 
P/S - T = Tikus mean Beriani Tikus..





No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998