ANTI SOCIAL KAH SAYA?

Hari ini saya rasa merundum sangat. Saya bertenet sambil menyelak laman web opis. Ouh...Saya ternampak unit ICT telah menempek gambo family day ke-6 yang mana saya tak dapat nak pergi . Tipu okey.. Saya malas nak pergi sebenarnya. Dan bila saya tenung lama-lama saya rasa sumthing sangat.

Saya ketuk kepala banyak kali dan tanya saya ni anti social ke? Arh..Banyak aktiviti yang saya dah lepaskan dan saya terperuk di bilik sahaja. Till sometime sehari pun saya tak bercakap dengan sesiapa. Bila penyakit ini bermula? Sejak pertengahan tahun lepas. Sejak saya memendam perasaan terhadap makhluk keliling saya yang sangat selfish dan sangat suka melepaskan tanggungjawab. Adakah saya menjadi penunjuk perasaan didalam diam? Adakah itu cara saya mengkritik? Saya lebih suka senyap dan duduk diam dan balik sharp 5. OMG!! Itu perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. (Sebelum pertengahan tahun lepas).

Tetapi tidak bermakna saya mengabaikan kerja-kerja saya. Kerja saya masih ditahap cemerlang. Masih menerima anugerah perkhidmatan cemerlang seperti biasa setiap tahun. Tetapi adakah saya merasa hampa kecewa di alam pekerjaan kerana harus memikul tanggungjawab sendiri yang adakalanya ianya bukanlah kerja-kerja saya kerana saya punya manusia yang punya lebih power bidangnya.

Setiap hari saya tidak tinggalkan otak saya diatas katil. Saya akan bawa ke pejabat tetapi saya tetap seperti ingin memberontak! Aduh!! Kenapa saya? Saya pun tak tau apa sebenarnya.


 

Comments

Popular Posts