Asam Pedas Tetel Melaka vs Crab Lemon

Mulut saya asyik menguap tapi tetap gigih tulis hasil Asam Pedas Tetel Melaka. Dah lewat malam baru hegeh-hegeh nak menulis sebab mata tak beralih dari Elektra. Owh! Saya dah menontonnya sebelum ni, tapi biasalah saya kan. Lagi-lagi dengan Jennifer Gatner. Ouh..Terpesona dengan aksinya.

Hait! Cik Alejandra..Tolong jangan melalut. Straight to the point...!!! *wink* Balik dari ofis menyinggah night market membeli keperluan untuk Asam Pedas Tetel Melaka. Haha..Sempat saya buat research dan tungkus lumus saya masak after maghrib. Hehehe..Jujurnya tak susah pun cuma banyak rencah. Masa masak tadi terfikirlah juga macam mana zaman mak saya. Kene sediakan bahan masak bukan macam sekarang. Sekarang semuanya dah siap di bland, bukak je botol terus masuk kuali. Paling tidak pun bawang, lengkuas or halia dan seangkatannya yang perlu kisar. Itu pun dan mudah jugak sebab guna mesin moden. Apa lagi? Blander la kan? Zaman mak kita dulu? Tu dia..Nak kisar cili kering, halia, lengkuas, jintan dan macam-macam lagi terpaksa pakai batu giling. Berat nak mampos! Bertuahnya kita kan? Kan? Hahaha..Itulah kemodenan.

Hait!!! Lagi mau melalut. Okeh..Back to square...hahaha..Kembali kepada yang sepatutnya. Alhamdulillah..Pak Incek asal dari melaka dan dia bagi saya 5 bintang bagi Asam Pedas Tetel Melaka cubaan pertama saya. Sila poyo ye Cik Alejandra. Hahahha.. Saya ni memasak cincai boncai je. Tapi suka pulak saya nak tulis kat sini supaya len kali saya nak masak senang nak rujuk.

Rebus daging sampai empuk. At the same time sediakan bahan untuk di tumis. Bawang merah, bawang putih, 3 cm kunyit, 3 cm lengkuas, 3cm halia di tumbuk lumat. Saya takde blander..maklumlah orang bujang, alat dapur takle lengkap. Kemdian, bahan tumbuk tadi gaul sekali dengan cili kering yang dah siap dikisar. Kalo malas @ takde blander macam saya, beli je cili boh. Tapi kureng sedap la berbanding cili kering buatan sendiri. Ambil sedikit belacan dan gaul sekali dengan cili boh dan bahan tumbuk.

Tumiskan halba, jintan putih, jintan manis, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Bila naik bau sikit masukkan plak bahan tumbuk tadi yang telah dicampur dengan cili boh. Tumiskan sehingga cili masak dan naik bau. Cili kene betul-betul masak, kalo tak tak sedap plak nanti. Siyes saya cakap ni. Hahahah...Ala, u all pun tau bila masanya cili tu masak kan? Masukkan sesudu kerisik dan juga daun limau purut serta serai. Kacau-kacau tau. Dah sebati, masukkan daging yang direbus tadi. Masukkan sekali dengan air rebusan. Jangan dibuang pulak sebab air rebusan tu la yang penyedapnya.
Daging yang direbus. Sebelum rebus tu potong kecik-kecik tau!

Masukkan gak air asam jawa supaya rasa masam. Nama pun Asam Pedas, kene la rasa masam kan? Agak-agaklah rasa masam tu. Ada yang suka masam, ada yang suka kurang masam tapi yang penting sedang-sedang je. Biarkan menggelegak dan letak garam secukup rasa. Semua bahan tu sila anggar sendiri berdasar daging ye...

 
Biar gelegak

 
Hasilnya!!

Asam pedas ni sedap dimakan dengan nasi tapi kalo makan dengan roti @ roti bom ke pun boom juga tau! Try arr.. Pulut cecah Asam Pedas ni pun sedap tau!


  
Apa semangat saya nak memasak malam ni pun tatau. Sebab geram dengan ketam kat market tu, saya gigih masak ketam juga untuk dinner dan juga tapau for Pak Incek.  Alah..Saya bagi nama CRAP LEMON BONCAI. Huhuhu. Memula cuci ketam, then tabur kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng..!!!!!! Jangan sampai garing goreng ketam tu. Kemudian kurangkan minyak goreng tinggalkan sedikit je. Tumis bawang putih dan merah , serai serta halia cincang sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai masak. Kemudian masukkan sos ikan sedikit je, banyak nanti masin pulak, masukkan juga oyster sauce. Kacau-kacau dan masukkan asam jawa. Anggar sendiri lah ek. Pastu cincang halus sedikit kulit lemon. Buat syarat wangi jew. Gula jangan lupa masuk gak tapi tak yah la banyak. Anggar sendiri udah le.
Tumis jangan tak tumis!

Masukkan ketam bila kuah dah agak pekat. Kacau-kacau cincai. Kemdian tabur tiga potong lemon. Nak tabur lebih ikut suka lah. Kemudian boleh angkat dan baca bismillah dan makan la! Apa lagi...
 
CRAP LEMON BONCAI! Sangat huduh rupanya. Saya memang bebal bab hiasan makanan.

 
Nampak tak ada Gardenia terselit? Sebab tak makan nasi, makan roti je. Hahaha. Owang Puteh celups!

 
Apa motip saya tepek harta masak saya pun tatau. Kah kah kah!!

SELAMAT MENCUBA! Dan inilah entry saya terpanjang buat masa ni.

Comments

Popular Posts