Azzam Idola Kecil 2 Tewas

Semalam saya frust sangat. Kerana apa? Boiprend gelaps saya cuma Naib Juara di Idola Kecil Musim ke-2. Aduh...Kecewanya hati. Masa diumumkan pemenang saya sedang makan Yong Tau Fu soup yang saya bikin sendiri. Terus tertutup selera saya. Ahaks!! Gila betulkan saya? Serius saya hilang selera makan. Mata saya sedikit digenang air mata. Anytime boleh melimpah. Tapi sekarang bila difikirkan, memang layak adik Dayana untuk menjadi Juara dengan membawa pulang RM10,000 selain RM5000 bila dinobatkan sebagai Bintang Idola Kecil Paling Popular musim ke-2. Puuuhhhfff!! RM15,000 berbaloi la sangat duduk dalam akademi selama 10 week tu. Tapi, Azzam juga tak kurang hebatnya..Mungkin bukan rezkinya untuk menang begitu juga kedudukan tempat ke -3 yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000. Adat bertanding memang ada menang dan kalah, yang penting diusia peserta Idola Kecil ini diharpkan pelajaran itu menjadi keutamaan. Nasib baik bukan Maulud yang jadi Juara. Kalo tak, saya dah campak talibesen ke ground floor...Kene polish dulu suara tu dik...Hahahah...
Tetapi hajat hati saya, jika punya anak bersuara sedap seperti adik IK ini, bahagia bila dapat mendengar suara mengalunkan zikrullah ayat Allah...Amin!!


Comments

Popular Posts