Kematian Tragis Allayarham Fazlina Ahmad

'Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki suspek utama dalam kes pembunuhan seorang wanita telah ditangkap malam tadi 10 minit sejurus gambarnya disiarkan di televisyen. Lelaki itu ditangkap di kawasan di zoo negara.'

Ouch! Sangat skema saya menulis. Tetapi saya sangat kecewa dan sedih. Sedih sangat bila suspek pembunuh yang membunuh allayarham Fazlina Ahmad adalah suaminya sendiri. Takde rasa belas kah lelaki ini? Senang-senang mengambil nyawa manusia lain? Paling tidak pun, terlupakah dia wanita yang dibunuhnya itu adalah ibu kepada anak-anaknya. Bagaimana dengan anak-anaknya? Bagaimana nasibnya nanti? Saya sifatkan lelaki ini seorang yagn sangat zalim dan kejam...Apa dah jadi manusia akhir zaman ini? Lupa langsung siapa dirinya. Binatang pun tahu kasih sayang. Tetapi manusia pulak berfikiran lebih daripada binatang.

Buat allayarham Fazlina Ahmad, semoga rohmu dicucuri rahmatNYA dan bersama-sama dengan orang yang beriman. Buat anak-anak allayarham, semoga kalian tabah meniti hidup menuju kedewasaan kelak.

Comments

Popular Posts