Friday, 1 January 2010

Servis Pizza Hut

Pagi ini saya bangun dengan penuh semangat. Cuti-cuti begini selalunya saya sangat malas nak bangun awal. Tetapi TIDAK pagi ini. Hahahah...Pagi ini di hari cuti ini saya berjaya bangun awal pagi....hirup udara subuh hari...Inilah dia semangat azam baru 2010. Pergh!!! Pagi-pagi lagi saya dah menggeledah tenet dan memblog...Huhuhuh....

Boleh cite lagi pasal semalam tak? 31 Disember 2009 punya cite..Ala bolehlah..Bolehlah...

Semalam saya dan Pak Incek telah dinner di Pizza Hut Jusco Taman Equine. Saya sampai dalam jam 7.49 malam. Penuh pujian saya beri bila Pizza Hut staf trus greet kami duduk. Dalam 10 min kemdian, saya panggil staf untuk ambil order. Ok! Dengan ala-ala malas, nak tak nak dan suara yang agak kasar staf  PH amik order. Pak Incek Nak makan Hot wing  BBQ dan Chili sweet yang baru tu..Yang kuar iklan tv tapi staf PH kata dah abih!!! Oh sangat hampa dan muka pun mencuka. Ok..Saya perasan jam ditangan 8.10 malam. After 30 min, air pun sampai. Ouh...Sementara order sampai, saya makan buah yang saya beli di stall tak jauh dari Pizza Hut...Lapar nyewwwww....Perut ni dah menyanyi-nyanyi. 

Pastu saya pandang Pak Incek, Pak Incek Pandang saya. Saya pandang keliling..Jam dah jengah ke 8.40 order saya masih tak sampai.Oh ya! Apa saya order? 2 meet ball spagetty, 2 kepak ayam sedap dan tempura prawn je!!!! Customer datang selepas kami pun dah dapat order mereka. OMG! Saya sudah fanasssss.....Jam 8.45, 2 kepak ayam sedap telah sampai dan saya membelasah tanpa hengat. Pastu saya dok pandang Pak Incek lagi dan Pak Incek pandang saya dan saya pandang keliling. 1 meat ball spagetty saya sampai di meja. Ouh..Saya kan sangat baik. So, saya telah memberi Pak Incek saya makan dahulu. Kasihan dia...Nak buang masa yg banyak dah terbuang, saya pecet-pecet enpon cap ayam saya. Pandang-pandang keliling. Tiba Tiba!! OMG! WTH!! Itew lelaki dan itew perempuan sedang Q nak masuk Pizza Hut. Oh! Oh! Saya telah kehilangan selera dan muka saya rasa macam mencuka. Huish!! Kenapa boleh makan kat PH ni? Buat saya hilang selera makan tau. Nampak je mereka, tingat terus apa yang mereka dah buat kat saya tau!! Dan...tiba-tiba juga dia boleh dok kat meja belakang saya. Wal hal ada lagi 2 - 3 meja kosong lain. Haloooo...memang sengaja la tu kan? Pastu, si perempuan gedis itew asyik la pandang Pak Incek saya. Tolonglah!! Saya takkan tegur mereka. Cukuplah apa yang berlaku dahulu. Fitnah yang buatkan saya buang dia dari senarai KAWAN SAMPAI MATI saya. Sampai mati saya tak ampunkan (OMG!! Tahun baru saya hangin..hahahaha...Saya hangin semalam bukan harini...hahah) Pastinya si feremfuan gedis itu nanti akan menjadi reporter tak berbayar dengan bertanya dengan kenalan saya. Btw kenalan saya kata 'BIARKAN' dia dengan labunya. Hahahahaha...


Oh! Saya kene sambung cite pasal mana lagi 1 Meat ball spagetty dan Tempura Prawan yang tak sampai lagi. 2 kali Pak Incek saya sound kat staf PH makanan tak sampai lagi dan jam dah tunjuk ke 9.30 hokkay...Dan dah 2-3 kali staf PH tnya apa makanan yang tak sampai lagi. Adehhh..Ape ke benda nih??? Tolonglah!!! Pak Incek panggil staf bgtau makanan yang tak sampai tu, nak take away je since tekak ni loya dah tengok customer belakang saya asyik dok tengok panjangkan leher tengok kami. Kami tunggu lagi dalam 20 min. tak juga sampai. Last-last PAk Incek panggil staf kat counter kata makanan dah buat @ belum. If tak, cancell je. Dah lama sangat tunggu. Oh!! Pak Incek saya telah menghanginkan badan! So, staf tu pun g la mengecek..Tup tap tup tap..dia datang semula after 10 min.

Pak Incek     : Kenapa ye lama sangat ? Orang lain dah sampai pun makanan
Staf PH        : Saya dah order. Mereka baru buat?
Pak Incek     : Kenapa pula? Saya order 2 meat ball spagetty tapi yang sampai satu je.
Staf PH        : Mereka buat satu pastu bawak resit ni ke depan dan resit tu hilang.Maaf ye En.

OMG!! Saya rasa macam nak bagi penampar sebab punyalah lama kami tunggu dan 3-4 kali complain baru bagitau masalah dan baru masak! Saya jeling tajam sebab sakit hati! Tak sampai 15 min, makanan tu pun boleh sampai pun!!!!!!!!! Malangnya....Dan saya bangun terus blahhhh......Sangat menyesal saya makan di Pizza Hut JUSCO Equine Park.Kami tinggalkan Pizza Hut jam 10 malam...Bayangkanlah dari 7.498 - 10.00 malam..semata-mata nak tunggu spagetty yang dah sejuk tu..Menyesal!!!

Alas perut saya

Ni jew yang sampai
Dah takde stock/Dah abis???

Table sebelah keluarga 5 anak kecil2 dan ada baby. Mother sedang peknen lagi..Good! Good!




No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998