SEMALAM CUTI - CUTI MESIA

Saya bercuti semalam dan saya tak dapat nak bersiaran. Dan seperti yang telah saya announce, lappy saya telah dirampok dan saya belum punya uang untuk mengreplace baru. Hahahahah...Kenapa saya bercuti semalam? Pak Incek saya bercuti semalam dan saya berkeputusan untuk turut sama bercuti mememuhkan aktiviti kami. Aktiviti bermula after solat zuhur dengan meneman Pak Incek ke ASTRO. Then aktiviti kami seterusnya adalah menuju ke Public Bank for sign up Debit Card. Masyaallah. Hujan lebat dan trafik teruk di Seri Kembangan! Ah..Menyesal gila ke PB di Seri Kembangan. Kalau tak sabar nak je cakap dengan Pak Incek takmo sign up Debit Card..Dah takde mood. Selesai urusan di bank, kami terpaksa meredah trafik yang maha teruk hampir 1 jam.. Itupun nasib baik saya bijak, *wink* saya arah Pak Incek ikut laluan short cut long cut as long as tak tempuh trafik sesak. Adoiii...Kalo nak ikut kan, 10 min je laluan tu nak sampai ke MINES tapi sebabkan trafik sesak, 1 jam pun belum tentu sampai tau!

Ok! We sampai JUSCO Cheras Selatan terus book ticket 7.30.  Cerita apa tau? Adeh..ADNAN SEMPIT! Ikut je lah Pak Incek tu. Nak buat camne. Layankan je.Singgah MPH saya beli buku title MENANTI KHALIDAH. Lama gak Pak Incek kene tunggu saya melayan buku kat MPH tu. Hahahha.. 
Pak Incek jalan laju je menuju ke lif untuk ke GF. Tumpuannya adalah Johnny's. Apa lagi kan? Punya la lapo Pak Incek jalan laju je tanpa tunggu saya. Saya baru tingat yang kami tak lunch lagi. Jam pulak dah ke angka 5.30pm. Boleh gitu? *wink*..
Sambil tunggu 7.30, we shopping tapi tak beli apa pun sangat. Beli keperluan tapi saya macam biasa menghabiskan je wet. Beli ntah apa-apa. Buffer kuku la, mendelah . Habis ADNAN SEMPIT jam 9.30 dan waktu nak ke pintu keluar MALL saya singgah kedai majalah. Dan saya sedar saya terbeli 2 magazine PENGANTIN yang sama (Muka depan si L. O). Hangen tak saya ni? Apehal? Bila masa la jadi fan gaban kat L. O nih. Petang ni harap la mamak kedai tu sudi nak terima dan tukar magazine lain.
 

Comments