Wednesday, 24 February 2010

Beriani

Saya sedang usaha gigih nak kurus. Tapi saya rasa itu cuma angan-angan. Sebab seminggu tak makan nasik, tiba-tiba hari ni mulut saya gatal-gatal makan nasik beriani. Sepinggan abih pulak tu. Nak kurus ape mendenye. Bukan saya yang kurus, serius Pak Incek yang kurus. Argh...Tensen! Tensen! Mak Incek tensen! Bukan tensen tak kurus, tapi tensen jeles kat Pak Incek. Kenapa ye? Tiap kali dah berjaya seminggu tak makan nasik, mesti ada satu hari saya tiba-tiba akan makan nasik. Pastu saya menyesal nak mati.

Saya nak bocor rahsia saya sendiri.  Dah bocor bukan nama rahsia la kan? Saya pernah capai berat 60kg tau..Pssttt.. Jangan bagitau sesiapa. Pastu ntah pasal apa, dalam 2 bulan saya turun 11 kg. Jadilah saya orang kecik. Kemdian saya terus maintain 49 - 50kg. Saya takde selera nak makan nasik sangat. Buek!! Loya tekak saya bila saya baca sendiri. Hehehe..Serius! Saya tak makan nasik. Saya tak rasa nak makan nasik. Tiap hari saya ambil sayur je waktu siang ngn buah. Malam saya cuma minum milo @ jacob kalo saya lapar @ kalo saya kuar dengan kawan mesti saya makan mende yang unsur soup @ tomyam. Saya jauhkan makan mee @ kue teow. Minuman wajib adalah teh o limau suam @ limau suam.  Saya tak minum ais kecuali air sejuk. Saya tak amik soft drink. Ouh! Saya berjaya bertahan dengan cara begitu dalam 3-4 tahun. Masih saya ingat, ketika bulan puasa sebulan saya cuma buka dengan pecal. Tau pecal? Hehehhe...Pada saya pecal tu cukup buat saya kenyang. Ada banyak sayur.. Saya suka sayur dan juga ada bihun sket. Itu diet terbaik rasanya. Kemudian ntah kenapa, saya mula try test nasik sket-sket. Lepas tu jadilah macam sekarang dan cuba sungguh-sungguh nak ke angka 50 kg semula. Berat saya naik setahun yang lepas. Aduh...Op! Op! Apahal saya melalut cite dengan penuh poyo pasal saya yang kurus jaman dolu. Saya nak cite yang saya telah memasukkan sepinggan nasik beriani dan seketul peha ayam masak merah dan sesuku water melon juice. Camne tu saya nak kurus? Jangan haraplah! Saya tetap nak salahkan Pak Incek sebab bila saya ajak dia makan nasik beriani kenapa dia tak halang saya? Salah sapa tuh? Ekekekeeke.....

.
.
.
.
.
.
.
 
Ini saya punya. Beriani ayam masak merah. Memang sedap. Bukan Beriani Gam ye...

Pak Incek pulak mengoder Beriani kambing! Pergh!! Habis sepinggan.
Kalo  u all nak rasa, lokasinya adalalah opposite dengan MPI Bandar Baru Bangi. Jalan nak ke Sungai Merab. Yummy!! Dan disebabkan beriani ni, after lunch mata saya macam nak layu. Hahahahah

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998