Monday, 1 February 2010

Siakap Steam Ale Style

Hari ini saya telah membeli multi cooker. Sangat seronok .. Huhuhuhu. Dengan gigihnya saya turut ke market membeli Siakap untuk steam. Pergh..Nak try la camne saya masak steam.. Dengan bangganya Pak Incek yang dilantik sebagai juru rasa memberi markah A1. Terlampau sedap sangat kononnya dan sumpah sebab rasa poyo till terlupa nak amik gambo steam siakap. Hahahah.. Resipenya? Mudah giler. Khas untuk orang yang malas masak macam saya. Tapi sebab konon saya berazam nak kurus, sumpah saya takmo ngaku saya malas masak. Wakakaka..Nak ikut cara saya masak ikut la. Takmo dah..

Ikan Siakap siang sisik, buang sirip dan isi perutnya. Cuci bersih-bersih. Saya suka lumur dengan tepung then biarkan sekejap untuk hilangkan hanyir. Ada lagi cara lain, lumur limau kasturi @ asam jawa @ asam keping ke.. Pastu hiris halia dan bawang putih. Hiris juga cendawan butang dan koyak-koyakkan cendawan tiram. Potong sedikit lada benggala dan daun bawang. Banyak mana? Anggar sendiri la ye.

Kemudian, siakap yang dah dicuci bersih-bersih, toskan air dan lumur dengan seasoning oil, sos ikan, kicap cair dan oyster sauce. Semua tu anggaran sendiri ye. Lumur seluruh ikan tadi, kemudian ambil dalam 2 asam keping dan 2-3 daun limau purut dan tabur pada ikan tadi. Kemudian, tabur halia, bawang putih yang telah dihiris ke seluruh ikan termasuk cendawan butang, cendawan tiram, lada benggala dan jugak daun bawang. Kemudian, steam kan. Makesure steamer betul-betul panas. Steam dalam 15 min dan boleh angkat. Bahan sosnya hanya dengan potong cili sedikit dan letak kicap cair dan setitik dua limau kasturi. Tadaaaa...Cubalah ye...Sure gigit siku punya..

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998