Soto Javanesse Style by Ale



Hooray....Soto telah dimasak. Cakap banyak takde guna. Tengoklah gambo yang saya tepek tu. Nak resepi, amik le..

Sup Tulang
1. Cuci dan rebus daging hingga empuk. (Biasanya guna daging ayam tapi pak incek kata nak guna daging. Ikutlah..)
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, buah keras, halia dan lada sulah.
3. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis. Dah naik bau sket, terus masukkan bahan yang ditumbuk. Tumiskan hingga naik bau dan warna kuning emas.
4. Masukkan air rebusan daging sedikit. Kemudian masukkan daging dan tambahkan lagi air rebusan tadi. Nak banyak mana pun, terpulanglah ye.
5. Kemudian masukkan sup bunjut tulang.  Biarkan menggelegak. Masukkan garam. 

Pegedil
1. Potong kentang dan keledek. Campurkan dengan garam dan goreng. Jangan garing sangat dan tumbuk.
2. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan goreng.
3. Tumbuk buah keras dan udang kering.
4. Campurkan kentang dan keledek yang telah ditumbuk dengan bawang goreng, buah keras dan udang kering yang ditumbuk.Masukkan juga daging yang telah dicincang halus. Gaul bahan tadi dan kepalkan-kepalkan ikut suka.
5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Panaskan minyak dan goreng pegedil dengan mencelup pengedil ke dalam telur.

Tambahan Penyedap
1. Goreng kacang tanah dan sohon.
2. Carik kecil ayam yang digoreng.
3. Rebus nasi himpit.

Makanlah dengan nyaman. Campurkan nasi himpit, ayam goreng yang dicarik, tauge, sohon, kacang tanah, daun sop, bawang goreng buatan sendiri, pegedil dan cili kicap. Kemudian siramlah dengan kuah sup tulang tadi. Gerenti UMPH!!
 
Sumpah muka sangat huduh tak kacak tapi rasanya sangat sedap hingga menjilat jari kaki. Sila kagum!! hahahah..




Comments

Popular Posts