Surat Wasian Buat Seseorang
Tiba-tiba hati saya sayu. Kenapa saya macam jiwang? Ouh..Saya baru berjalan-jalan di Facebook. Saya jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu. Saya sangat xcited bila dapat tau exschool nak buat reunion. Terus saya add kawan yang berkaitan. Tiba-tiba saya ternampak seseorang yang mengingatkan saya pada masa lalu. Bila saya ingatkan, saya sangat sedih. Seseorang yang pernah menjadi kawan saya. Panjang ceritanya bagaimana kami boleh menjadi kawan.
Saya manusia biasa yang juga tak lari dari melakukan silap tetapi saya bukanlah seperti yang dia fikirkan. Kesusahan, kepayahan dan kesedihan akan datang dalam hidup kita tanpa diduga. Itu semua ujian. Saya tau saya dipandang hina olehnya. Saya tak marah padanya dengan tuduhan yang tak berasas yang sehingga kini saya asyik berfikir bagaimana dan kenapa dia boleh memikirkan sayalah orangnya. Saya sendiri tak tau apa punca tuduhan itu boleh dilemparkan kepada saya. Saya tak sedih? Sumpah saya sedih. Buat 'kawan' saya itu, ini untuk anda.
Cik/Puan ****, Aku tau kau memandang hina dan rendah pada aku. To be honest dan dengan kalimah lailahaillallah aku tak tau apa yang kau maksudkan. Masih jelas dalam ingatan, kau datang dengan tuduhan hebat dan pandangan hina. Terus terang aku tak kenal siapa tunang/husband kau pun. Hari kau datang berkunjung itulah pertama kali aku melihat tunang/husband after kau maklumkan. Mungkin kau terlupa ketika itu kita langsung tak berhubung dan aku membawa haluan sendiri jauh dari daerah yang sangat mengecewakan dan menyedihkan. Aku duduk termenung dengan tuduhan yang kau lemparkan selepas kepulangan kau tetapi aku masih menyambut kedatangan kau dengan senyuman. Peristiwa ini dah berlalu hampir 10 tahun tapi ianya masih dalam ingatan aku. Langsung aku tak jelas dengan tudungan 'kad' kau tu. Aku sedih ketika itu? Ya! Aku kecewa? Ya! Tetapi aku lebih blur sebenarnya. Aku masih ingat kerana terlalu blur, aku cadangkan agar kau buat investigation or report to police or what ever. Serius aku sungguh blur. Aku tak menyalahkan kau dengan apa yang kau nampak sebab kau tak tau apa yang berlaku disebaliknya dan sebenarnya. Mungkin negative yang lebih jelas dan kau melihat dengan negative. Dan kau tidak melihat dengan mata hati. Ianya tidak seperti yang kau fikirkan tapi biarlah Allah yang menentukan segalanya. Dia maha mengetahui, maha pengasih dan penyayang. Aku menegur di fb bukan niat serong, ikhlas dan mohon maaf sekiranya ada salah silap tetapi mungkin aku tak sama taraf dan hina, kerana itu aku di 'block/ignore'. Tak bermakna aku silap dan terhegeh-hegeh kerana itu aku sibuk menegur kau, tetapi aku ingin berkomunikasi dengan lebih baik untuk membuang perasaan kecewa, sedih, dan hampanya aku terhadap kau. But its ok.Mengalah tak bererti salah, kadangkala ianya cara untuk menenangkan hati dan jiwa. If u read this, i want u know that aku sedang belajar memaafkan. Tq so much dengan tindakan serta tuduhan itu membuat aku menjadi manusia yang lebih kuat menghadapi dugaan dan ujian. Insyaallah!
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.