Sila Berhati-Hati

Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata, enam produk itu ialah :
 

1.        Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, 
2.        Ratna Sari Whitening Night Cream, 
3.        Atika Beuty Renewel Night Cream, 
4.        Chantique Whitening Night Cream, 
5.        NV Toner Treatment No 1 dan 
6.        NV Toner Treatment No 2. 
Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.


Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari, manakala hydroquinone juga memberikan kesan sama kecuali perubahan pada warna kulit, malah kulit menjadi hipersensitif.


"Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.


Di bawah peraturan ini, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.


"Syarikat melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.


Produk itu dikilangkan Re-X Products Co Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd. ~ Bernama







Comments

  1. Salam..sori lmbt bls emel psl watermark. Sy lame x bukak emel bizz tu psl sy ingat wtrmrk sy xde yg minat. Jd maap ye.

    skang sy da emel wtrmark pilihan awk,sile tgk ye.

    *puas cr shoutbox..mmg xde ye*

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts