EMO SEORANG PEREMPUAN
Harini saya emo sedikit.Bukan emo marah tapi sedih. Saya lagi mendengar lagu TAHAJJUD CINTA sambil menyelak album lama. Lama tak lama la..2008. Tiba-tiba saya rasa ada flash back depan mata saya. Megik kepala saya terus teringat kenangan lepas. Pelikkan? Apa yang pelik? Pasal memori kepala otak saya ni. Selalunya bukan main lembap lagi nak mengingat macam KTM, tapi sekarang ni laju mengflashback macam ERL.
Banyak bezanya sekarang ni pada diri saya. Saya dah gumut berbanding 2008. Sampai ada orang cakap, saya pakai botox ke sakarang? Bukan sorang tapi dah 10 orang. Sah lah saya dah menyimpan lemak lebih lebih. Orang kata senang hati. Ye ke? Saya dah tak kerap menangis macam dulu. Orang kata saya dah kuat. Saya dah tak susah hati macam dulu. Orang kata saya dah tabah. Saya dah tak banyak bercerita pada kawan rapat pasal cerita air mata saya. Orang kata saya dah bijak menangani. Apa bezanya lagi? Arh!!! Sangat banyak. Banyak. Tapi mestilah tiap manusia tetap akan ada masalah. Kalo takde masalah tu maknanya anda dah jadi 'arwah' le tu. *wink*. Dulu masalah lain, sekarang masalah lain. Iktibar saya dari perjalanan kehidupan saya sehigga ke umur saya 32 tahun ini. Tapi cun comel lagek tau.
Saya mohon agar Allah permudahkan segala urusan, murahkan rezki, sentiasa memberi NUR dan kasih sayang sayangNYA dan menjadi orang yang beriman. Saya percaya walau tiada satu umat pun yang mampu mengasihi saya seperti DIA mengasihi dan menyanyangi saya sebagai hambanya. Ya Allah..Limpahilah rahmat kasih mu.
Note: Emo saya yang sebegini selalunya menjadikan saya lebih tabah kuat. Woi! Jangan nak emo bebenau. Nak amek nih!
.
.
.
.
.
Aduhai!! Poning An baco. Kalo An jadi cekgu, An sosah budak yang mengarang ceghito cenggini. Apo nak jadi bekbudak sekaghang. Ampeh sungguh!
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.