~ NENEK + ATUK = HOSPITAL ~


Sebenarnya saya dah taip entry ni tadi, tapi tetiba PC saya hang! Hua hua hua..Tak save draft lagik. Sekarang kene taip semula. Menci tau! Menci!

Semalam saya cuti..Emergency leave..Serabut, kelam kabut hidup saya semalam. Dalam mamai masih mengantuk saya diberitahu grandma sakit jam 5 pagi. (ceh! cakap omputeh!)..Subuh otak saya ting tong lagi. Nak anagkat nenek masuk kete memang masalah la sebab badan nenek saiz XXL. Dah tu plak langsung badannya takleh tersentuh. Lembap betul saya nak berpikir bila pala otak ni masih dikuasai oleh bantal, tilam dan selimut. Tapi fungsi gak kepala hotak saya ni, saya tepon ambulance hospital serdang. Orang yang pickup fon tu plak cam nak marah-marah je menjawab. DEY!!!! Saya tau la, time tu tido tengah best, tapi nak buat macammana itu dah tugas awk ye abang ambulance. Kene la buat dengan redho dan relo. Jangan nak hangin-hangin macam nak kentut tak lopeh!!!! Peneman nenek dalam ambulance? Mak la..apa lagi kan? Mak makan hangin ek subuh2..*wink*

8.00 pagi saya dah selamat pickup atuk saya pulak nak bawak ke Pusat Kesihatan Seri Kembangan (PKSK). dia mengadu sosak napeh dah 2 hari. Karang apo-apo jadik, menyosal plak..Sib baiklah, pagi tu Pak Incek relo mengurus atuk kat PKSK. Dengan tindakan pantas otak Pak Incek, dia telah mengstationkan saya di Hospital Serdang untuk followup/urusan nenek. Agaknya, masa saya tepon Pak Incek pagi tu bagitau ada emergency, sore saya cam sore anak kucing mati emak kot. Pastu masa dia pickup saya tengok muka saya cam kucing ilang laki kot. Langsung dia relo menguruskan atuk. Pergh!! Toce..Toce..Lain tahun nanti banjer K.

Punyalah ramai kes kecemasan semalam. Berkarat jugaklah punggung ni menunggu respond dari doctor. Dah la pulak, bila tanya doctor, asyik kata sekejap. Belum sempat nak bagitau ke pakar bla bla..lor...Dah sehari dari jam 5.30 pagi till 5.00 petang tak buat apa-apa lagi. Ait! Depa pakai sistem purba ke? Bukan ke Hospital Serdang menuju ke arah Pensijilan Ms ISO 9001:2008. Sure dah ada sistem yang dibangunkan. Tak pelah yang tu. Mungkin sebab rasional kot.

Tetiba ada anaunsemen..'Kepada waris Pn. Radiah Binti Lidin sila masuk ke zon kuning sekarang'. Pe lagi, saya meluru la dengan penuh anggun dan ayu menuju ke pintu zon kuning. Tetiba lak saya kene tahan dengan guard femfuan. Kekwat sungguh. Ada amma ni bleh nak bebel dengan saya bila saya nak masuk ke zon separa kritikal lepas dengar anaunsement. Tak berapi ke namanya? Boleh dia tahan saya. Apa hal? Dah 2 kali dia buat perangai camni tau. Geram eh saya. 'Auntie kalo tak bagi saya masuk, nih amek kasik pasen @ nes kat dalam. Bukan saya sengaja nak masuk dalam, tapi kan ada anaunsement soh saya masuk dalam. Saya la waris tadi tu!'. Bawak bersabor ye cik ale, amma tu orang tue..huhuhu...Last dia cakap ' Mari-mari! masuk..Pasen musti makan sudah tengahari. Mana boleh tahan, orang pun lapar..Apa punya sister la!' Pesal jadik cenggini? sudah tukar ka..Ayoooo!!! 

Bukan saya nak bebel keseluruhan apa jadik semalam cuma dua je yang saya nak kasik ingat.

1. Kita kerja biarlah berhemah. Jangan mendengus @ bernada marah-marah time pickup fon @ attend pelanggan @ pesakit. Kalau rasa-rasa anda bukan orang yang mesra alam, jangan keje di bidang yang menghadap orang ramai tetiap hari. Keje bidang yang menghadap rimau ke..Biau kene ngap! Dulu saya de buat entry cenggini gak..Kat Sini.

2. Komunikasi haruslah jelas. Jangan sister ckp mcmni, doctor cakap mcmtu, nes plak cakap lain untuk perkara yang sama. Camne tu? Sindir mau ingat la...

Huish! Penat taip. Sekian, terima kasih.


Comments