TAZKIRAH JUMAAT BERSAMA CIK ALE
Betul-betul hidung saya sakit. Macam takde filter, so bila saya menyedut..aduhhhh!!! Sangat sakit membawak ke kepala. Mata berair-air. Bila malam, sebelah hidung saya tersumbat dan sebelah lagi bila menyedut terasa sakit. Bayangkanlah dan ditambah lagi dengan tekak yang tak berapa mesra makan. Sakit nak telan makanan. Sengsara weh minggu ni.
Kadang-kadang saya bercakap dengan diri saya sendiri bila la nak hilang sakit hidung dan tekak ni. Saya membebel sendiri terutamanya bila tgh drive. Aircond tu cantek gile menghala kearah hidung saya. Bila saya alihkan haluannya aircond, maasih terasa sakitnya di hidung cuma berkurangan sedikit sebab aircond kan sejuk. Tapi dalam memandu pagi selama hidung saya kurang sihat ni, akhirnya saya belajar bermuhasabah. Saya sakit idung dan tekak sebab Allah sayangkan saya. Huhuhu..Terima kasih ya Allah. Saya redha kerana diberi sakit yang sikit untuk saya tidak lupa denganNYA. Menghapus dosa-dosa kecik saya. (Bergossip dosa kecik @ besar? hehe) Mana la tau, kot kot sepanjang hidup saya, sihat, senang, kaya dan etc boleh buatkan saya lupa diri, belagak, sombong, riak takabur dan paling teruk saya lupa padaNYA. Nauzubillahiminzalik..Minta dijauhkan ye kanak-kanak, ibu-ibu, bapak-bapak..Heehhhhee..
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.