TNB
Entry sebelum ni saya ada cakap pasal TNB kan? Kan.? Rumah di putrajaya dah kene potong letrik. Kes tak bayar 4 bulan. Ni pun satu hal. Budak yang menyewa sebelum ni tatau letak mana bil elektrik, then kuar umah tak cakap. Memang berasap dibuatnya. Dah lah kuar dengan air dan lampu terpasang. Sengal tak hengat budak-budak ni. Dalam agreement dah tulis macam-macam pun bengong lagek. Bukan pasal tu nak cite, pasal TNB.
Day before saya (Rabu 28.04.10) saya pergi bayar kat Anjung Putrajaya. Depa bukak till 8.00pm konon ada OPS SINAR!. So, saya tanyalah jam berapa sambung semula, dengan penuh rasa semangat kakak kat counter 6 (Bhg. Penyambungan) bagitau before 8.00pm sure dah sambung. Finelah..Saya ok je lah. 6.00 - 8.00 pm tak lama. Biarlah kazen yang menyewa rumah saya bergelap sekejap. Takde hal kan. Walaupun masa kat kaunter pembanyaran kata penyambungan akan dibuat 30 min after pembayaran.. Tapi tunggu punya tunggu, tak jugak sambung lagi. Kazen saya pulak tak bagitau status. So, saya assume everything is ok.
Tetiba petang semalam around 6.00 kazen saya bagitau still tak connection! Menyirap sungguh darah saya. Saya call TNB takde satu umat pun jawab. Masa tu plak saya kat hospital, lagilah berasap. Setel seme, saya terus drive ke Kedai Tenaga Putrajaya. Apalagi..Memang la kene dengan saya. Of course saya tak cakaplah jerit-jerit ek. Itu kurang akal namanya. Saya siap tanya semua person yang entertain saya semalam. The best part is, bila saya kata saya buat payment semalam but till ptg takde connection, everybody yang duty buat muka terkejut...What ever!! Saya nak mereka pastikan malam tadi mesti dah ada connection. Mereka boleh beri alasan, ada masalah pulak dengan maintainance Dept area rumah saya which mereka will lock fius box after 6.00 dan maintainance staf balik. Ok, fine..Saya terima la alasan tu coz saya buat payment pun around 6.45 pm. Tapi apa kes pulak yang depa takleh sambung yesterday? 9.00 - 5.00pm (29.04.2010) takleh sambung ke? Atas alasan apa? Itulah yang saya tanyakan...Marah weh!! After saya bising-bising dan dapatkan maintainance yang duty, around 9.30pm baru ada. Nak tunggu bising baru jalan ke? Aduhai!! Naik darah tinggi akak tau...
Kalau dapat amaran dari big boss u all @ dari kementerian tenaga dan komunikasi kepada orang yang entertain saya semalam, jangan marah ye..terimalah!!! Perkhidmatan anda tak sama seperti yang anda claim dalam piagam pelanggan anda yang anda dok tampal kat dinding dowh!!
oh. i pun memang tengah bengang ngn kedai tenaga ni..cawangan putrajaya jugak.
ReplyDeletesusah betul. dah sejam duk try kol, tak berangkat2...