~ SEBAGAIMANA MANUSIA ~
Sebagai manusia kita semua banyak kekurangan, banyak kelemahan. Justeru saya sebagai manusia saya sendiri mengakui kelemahan dan kekurangan saya. Tetapi kenapa ada yang masih tak mahu menerima kekurangan dan kelemahan saya. Kenapa hanya mahukan supaya saya sentiasa lengkap, sentiasa tepat, sentiasa ada ketika diperlukan atau tidak diperlukan.Pendek kata kita harus sempurna.
Sebagai manusia kita tidak berhak mengongkong dan mengawal kehendak orang lain. Tapi lain pula halnya dengan saya. Saya seperti terkongkong, terkurung di dalam kehendak orang lain. Saya tak dibenarkan untuk keluar membebaskan diri saya dari kurungan yang dicipta. Saya bukan robot. Saya ada hati juga perasaan. Saya tak dapat berundur tetapi saya juga tak dapat melangkah setapak kedepan. Langkah saya di kunci rapat.
Sebagai manusia hati dan jiwa kita pastinya sakit dengan cercaan dan hinaan. Apatah lagi sehingga 7 keturunan di maki hamun. Paling menyakitkan bila orang yang mencerca dan menghina adalah orang yang kita sangka benar-benar menerima kita seadanya, yang tersimpan perasaan sayang dalam hati kita. Hibanya hati bila orang yang sama juga melempar kata-kata yang sangat memilukan untuk diterima. Tiada harga dirikah kita diperlakukan begitu?
Sebagai manusia, kita harus memaafkan kesilapan orang lain. Sedangkan nabi mengampunkan umatnya, inikan kita sebagai pengikutnya. Tetapi, apa kata anda apabila kita terpaksa memaafkan orang yang sama berkali - kali atas kesilapan dan alasan yang sama? Apa perasaan anda apabila orang yang telah menyakitkan hati anda acting seperti takde apa yang berlaku selepas dapat apa yang dihajatkan?
Sebagai manusia kita diajar untuk bersabar dan redha dengan ujian. Tetapi, sampai mana kesabaran kita mampu bertahan?
Ya Allah..Ampunkanlah dosaku, Permudahkanlah urusanku, Murahkanlah rezkiku, Kekalkanlah aku bersama golongan yang sentiasa mengingatiMU...
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.