Khabar Sedih - Ep 3 - 06.06.2010


Hari itu saya ke Felda Tenggaroh, Kota Tinggi untuk menghadiri majlis perkahwinan adik angkat saya. Biasalah..Kalau berjalan jauh, mak abah saya mesti nak ikut. Pak Incek pulak dah berjanji nak turut sama hadir. Lagipun takde apa-apa hal pada hari tu. So kami bertolak awal pagi dalam jam 6.00 sebab kami fikir nak pulang awal. Dah tu pulak, Felda Tenggaroh bukannya dekat.

Perjalanan kami baik, cuaca baik gak kecuali hujan rintik-rintik. Saya ingat-ingat lupa jalan kerumah kuarga angkat saya ni. Day before, punyalah saya bersemangat masukkan map kad jemputan ke dalam handbag. Tiba masanya saya terlupa pulak nak transfer map tu ke handbag yang saya nak guna. Hayyaaa...Ekekekek..Tapi telefon ada as penghubung. Sebab tu handphone disenaraikan sebagai communicator. Hehehehe..melalut ek...

Saya sangat menyampah mengambil gambar dengan adik angkat saya sebab saya rasa seperti gajah dan dia semut. Huhuhuu...

Pas amik gambo sekeping dua, saya siap nak balik sebab Pak Incek nak tengok bondanya. Sejak kami dapat tau pasal bonda Pak Incek kidney failure, dia jadi rungsing kalau keluar lama-lama. Saya faham juga. Yelah...Sapa tak sayang mak kita.. Elok pengantin sampai kami pun beredar...Muah! Sana Muah! sini..



Jam 7.00 kami sampai di Serdang. Pergh!!! Lepak penat seh...Tetiba dalam jam 8.30 mlm saya dapat call Pak Incek kat Emergency Hospital Serdang. Gempak abih. Pehal??? Terkocoh-kocoh saya ke emergency. Rupanya bonda Pak Incek sakit dan dimasukkan ke emergency. Lama jugak tunggu result dari emergency. Dalam jam 3.00, doc minta makcik warded. Suppose makcik warded on monday (esok), tapi sebab condition makcik tak mengizinkan, malam tu gak makcik warded.

Makcik (Mak Pak Incek) ditempatkan di 7A Hospital Serdang untuk pemantauan. Seminggu pertama, makcik ditemankan oleh Along anak saudaranya. Keadaannya pada mula biasa-biasa sahaja. Masuk air dan darah diambil sebagai ujian setiap hari. Setiap hari saya datang. Dari setiap pemerhatian saya, berat badannya semakin menurun dari sehari ke sehari. Makcik tak sukakan makanan di hospital, jadi setiap hari kami (Saya dan 2 anak lelakinya) akan membawa makanan untuk sarapan, makan tengahari dan malam untuk 2 orang.

Setiap 30 min makcik akan kebilik air buang air. Mungkin itu adalah kesan dari komplikasi buah pinggang yang ditanggungnya. Buat masa ini makcik di masukkan ke ward atas sebab jangkitan kuman. Bukan pemantauan buah pinggang. Saya agak terkejut juga sebab dalam pada waktu yang sama dia juga terkena jangkitan kuman. Nanti sambung lagik..

Comments