~ KHABAR SEDIH 1 - EPISODE 1 - 03.06.2010~

Saya baru dapat perkhabaran dari Pak Incek melalui SMS

**..Doc cakap buah pinggang mak rosak. Bacaan darah menyatakan kritikal. Perlu cari penderma..

Ouh. Saya terpempan sekejap. Saya terus menghubungi bonda Pak Incek, tapi tak dapat. Saya masih terbayang senyumannya saat dia bercuti dirumah Pak Incek minggu lepas. Melihat dirinya yang terlalu kurus. Kasihan. Air mata saya bergenang dikelopak mata. Saya teringat mak saya sendiri. Kalau perkara yang sama terjadi pada mak saya? Oh..Tak mampu saya nak bayangkan. Bonda Pak Incek seorng yang sangat tabah. Membesarkan anak sendirian selepas kematian suami. Alhamdulillah..Anak-anaknya menjadi manusia berguna dan tempat bergantung harap.  Bonda Pak Incek yang saya kenali ini tidak pernah menunjukkan riak sedih sekiranya berdepan dengan masalah. Sesekali menghubungi saya pasti telinga saya dihadiahkan dengan tawa mesranya. Dia sangat menyangi anak cucu. Dan saya rasa dia juga sayangkan saya. *wink*. Selalu menyejukkan perut saya dan melazatkan tekak saya dengan masakan hasil tangannya. Dia tidak pernah menolak sekiranya saya teringinkan makan masakannya. Dia pernah menjaga saya tatkala kesihatan saya tidak teguh dan bonda saya tidak berada dekat dengan saya dek jarak yang memisahkan. Ouh! Dia sangat baik hati. Dia seorang yang lurus. Apa sahaja orang lemparkan tuduhan atau kata-kata, beliau sentiasa senyum. Beliau sangat tabah.

Dan oleh kerana dengan kasih sayangnya melimpah kepada saya, saya menitiskan air mata pabila dikhabarkan dengan berita sedih ini. Hanya doa saya panjatkan untuk kesejahteraan beliau.




Comments