~ TO MY LOVE - 22 JUN 2010~

Apa kita rasa kalau kita sangat sayangkan seseorang tapi kita tak dapat nyatakan padanya yang kita sayangkannya. Kita cuma mampu sayangkannya dari kejauhan. Kita tak mampu nak memeluknya. Kita tak dapat melihatnya. Kita cuma mampu menyimpan kenangan bersamanya di kotak pemikiran kita yang tuhan ciptakan sebagai perakam kenangan paling ajaib. Bagaimana?

Sedih? Rindu? Mesti kita akan sentiasa meneka dan mengagak. Bagaimanakah rupanya dia? Sihatkah dia? Ingat lagikah dia pada kita? Adakah dia juga punya rasa sayangkan kita? Berjuta perasaan timbul di video player diri kita kan..Rasanya kalau kita menjerit kepada dunia menyatakan rasa sayang kita padanya tanpa empunya diri mengetahui yang dirinya di sayangi, di kasihi dan dirindui juga tak mampu memuaskan hati kita. Lumrah sifat, naluri dan kehendak manusia.

Apa saya merepek? Saya tidak merepek. Saya emo dari semalam. Tidak! Sejak seminggu yang lalu. Saya terlalu rindukan seseorang. Saya tak boleh melihatnya walaupun saya tau dia dimana. Saya tak dapat menyentuhnya kerana saya tak mampu. Saya terlalu sayangkan dirinya. Hari ini adalah hari lahirnya. Sejak semalam lagi, kepala saya berputar memikir. Setiap saat saya asyik melamun mengingatkannya. Entah kenapa, ada sahaja objek disekeliling saya yang membuatkan bayang dirinya seperti flash di mata saya. Saya melamun kalaulah saya mampu menyambut hari lahirnya bersama. Kalaulah dia tau yang saya amat sayang dan rindukannya. 

Harapan saya pada hari lahirnya semoga dia menjadi insan yang sentiasa diberkati Allah di dunia dan di akhirat. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya dan saya mahu dia sentiasa berbahgia. Dan saya mahu dia tahu, dia tidak berada di depan mata saya tetapi dia sentiasa di mata dan hati saya. Dia sentiasa ada di dalam diri saya.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG & I LOVE U SO MUCH!

Comments