~ WORLD CUP 2010 FEVER - SURAT EXCLUSIVE ~

Demam World Cup 2010 makin dekat. Iklan di TV setiap 5 minit menayangkan World Cup 2010. Baju World Cup 2010 pun dijual merata. Itu baru baju, barang cenderamata lain pun menimbun-nimbun. Tapi yang best pasal suami-isteri ketika World Cup nanti.

Ke hadapan,

Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S

Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.



Ini plak jawapan-jawapannya:

Ni pulak balasan untuk surat abang tersayang…

1. Abang tengok la bola tu..ayang tak kisah…sepertimana abang, ayang pun busy ngan kerja2 belakang tabir ayang…shopping, pergi urut, spa dan sebagainya…tak kisah ayang abang nak tengok sampai pukul brapa pun asalkan kad kredit and wang saku untuk ayang penuh
2. Ayang TAKKAN ganggu abang untuk makan…sebab ayang akan makan kat luar..anak2 pun ikut…masa ni la nak cuba resepi baru kat kedai..abang makan la makanan semalam atau sekutunya yang ada kat dalam peti..kalau tak cukup, order ajer..ayang dah lekat no talipon kat peti sejuk..dail sendiri yer…coz ayang sibuk nak cuba resepi baru ni…
3. Makanan dalam peti sejuk mmg dah ada…semua jenis untuk panas guna mikrowave jer…selamat makan yer..
4. Jangan risau pasal anak coz ayang dah suruh bibik jaga…waktu ni la ayang dapat tido dengan lenanya coz abang busy depan tv….
5. Pasal kenduri, abang tak pergi pun takper, coz senang sikit nak balik lambat…kalau abang ada, kena balik awal tambah lagi kalau kenduri rumah saya…jadi boleh la saya bermalam sekali untuk kenduri..abang boleh duduk kat rumah yer…
Motifnya, wahai suami-suami yang kemaruk tv and bola, buat pengetahuan, masa ni la sebenarnya isteri-isteri dapat lebih rehat…tak yah nak jaga kerenah2 yang kadang-kadang mengalahkan budak kecik..
sekian..rasanya banyak lagi ni, maybe isteri-isteri lain boleh tambah….SELAMAT BERSHOPPING KENGKAWAN…

Perjanjian balas seterusnya:

Ke Hadapan Abang Tersayang,
1. Abg x perlu panggil sayang waktu nak minum air ke makan ke sebab pada masa ini sayang pon dah menjadi buta pekak dan bisu..dan abang x boleh marah jika pada saat dan ketika ini sayang juga tidak mengendahkan abang kerana Rasulullah suruh layan suami yang melayan baik isterinya sahaja…huhu..
2. Abang, abang boleh tengok bola sepuas hati abang sama ada waktu siaran live ke atau ulangan, sayang takkan ganggu …bila abang dah mengntuk abang boleh tidur sesuka hati abang walaupun abang tak terjaga nak ke tempat kerja sebab ayang tetap tidak akan mengganggu..baikkan hati sayang?? hehe….
3. Abang memang takkan mendengar kata-kata galakan dari sayang, jadi abang janganla risau…ayang cuma akan beri kata-kata kutukan saja sampai abang rasa nak pecahkan TV…ngeeee;p
4. Untuk pengetahuan abang memang sedara mara kita x ada sorang pon jemput kita datang rumah diorg untuk kenduri ke ape ke waktu ni sebab diorg yg akan datang ke rumah kita sebab tetiba sayang rasa nak buat majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat beramai-ramai…mesti rumah tangga kita bertambah barokah…ngeeee;p

1. Time tuh sayang akan baca bahagian hiburan dan hal ehwal semasa sahaja tanpa mengendahkan bahagian sukan.Sayang akan pandang abang semacam balik kalau abang pandang sayang semacam dan abang jangan komplen kalau abang tak dpt perhatian dari sayang secukupnya.what u give u get back.I love you abang!
2. Dapur serta makanan yg dimasak di dapur akan menjadi hak milik sayang sepenuh masa tanpa ada pengecualian. Jika abang walau sedikit pun menjeling pada makanan di atas meja yg dimasak, berjaga jagalah kerana abang akan menerima balasan yg setimpal.I love you abang!
3. Sayang akan selalu berjalan di hadapan televisyen tanpa merangkak.Sayang juga akan buat bunyi seperti ‘abang rumah kita kecil so the only way sayang nak jalan adalah di depan tv’’and ‘no way sayang nak merangkak’. I love you abang!
4. Semasa abang perlu ‘hajat’ ape2 sayang akan jadi pekak buta serta bisu kecuali jika abang nak beri remote control pada sayang atau membeli hadiah lumayan untuk sayang.Jangan harap sayang akan melayan abang untuk masakkan makanan favorite, buatkan air atau ambil baby kita yg sedang nak manja2 dgn abang.I love you abang!
5. Terima kasih abang tapi sayang akan pegi ke rumah mama untuk menonton rancangan favorite dan makanan dalam peti sejuk akan dibawa semuanye sekali bersama tanpa meninggalkan walau sedikit pon untuk abang.I love u abang!
6. sayang tak akan memberi sokongna atau galakan pada abang malah akan menghiraukan abang walaupun abang berlutut pada sayang for a shoulder to cry on.Jika abang ada hati nak pinjam bahu untuk menangis cinta sayang terhadap abang akan semakin pudar dan boleh menyebabkan rumah tangga kita berantakan. I love you abang!
7. sayang tak akan meluangkan masa bersama abang kerana sayang ada game sendiri di mana sayang akan masak sedap2 di rumah mertua atau pegi spa atau pergi shopping atau pegi bowling dan meninggalkan baby kita di rumah bersama abang.I love you abang!
8. abang nak tengok berulang ulang kali ke sayang tak kisah asalkan nafkah zahir diberi kerana sayang nak shopping banyak banyak kali walaupun dah shopping kerana ia SANGAT PENTING.i love u abang!
9. takpe kalau abang tak mahu pergi kerana sayang boleh pergi sendiri dan makan sedap2 di sana tanpa masak ape2 untuk abang di rumah…baby akan diberi makan terlebih dahulu dengan secukupnya.i love u abang!
10. sayang tak akan pegi,takkan pergi,takkan pergi.i love u abang!
11. refer jawapan 2
12. Penat dah jawab.
Sayang akan call bapak mertua(papa abang)supaya dia sedar anak dia perangai cam tahi lalu memarahi abang

Terima kasih atas kerjasama abang.
Yang mencintai abang selalu-sayang.


Comments