Tuesday, 13 July 2010

Duit Boleh Hilangkan Kawan

Semua entry saya sebelum ini, saya menggunakan 'saya' sebagai kata mesra. Tapi hari ini saya menggunakan 'aku' untuk super duper MESRA.

Bila aku bukak mulut sebut 'bila ko boleh bayar hutang aku?' nanti cakap aku ni tak boleh tolak ansur. Tapi kalau dah masuk tahun yang ke 6 tu masih tak boleh tolak ansur ke? Aku taulah kita ni bukan sentiasa jutawan. Ada masanya kita jadi papa kedana. Dan aku percaya semua orang kat dunia ni pernah meminjam. Kalau tak banyak pun, dua tiga puluh sen mesti kita penah pinjam nak mencukupkan duit kita masa nak membayar. Ye tak? Kalau sesapa yang kata tak pernah meminjam tu, aku tak taulah. Mungkin ye la kot. Cuba bayangkan, waktu korang study dulu-dulu. Perut kebulor, jalan tekedek-kedek ke kantin beli makan dengan kengkawan. Masa beratur nak bayar, kira-kira duit tak cukup sekupang dua. Pernah kan?  Waimah aku sendiri pernah meminjam. Buat apa aku nak hipokrit. Tapi part orang yang suka membayar liat tu, tu yang aku sangap sangat. Serius aku memang ada gak meminjam dengan kawan aku bila keadaan memaksa, tapi secepatnya aku membayar. Aku tak nak nanti kawan aku terbeban disebabkan aku. Masa sekolah ustazah penah cakap, hutang bawak ke mati. 

Macam yang aku sedang tanggung sekarang ni. Nak amik masa berapa tahun baru boleh selesai? Nak tuggu sampai aku kata-kata hamun ke? Nak tunggu aku buat laporan sana sini ke?  


Kawan aku pernah pesan, kalau kita nak hubungan kita dengan rakan-rakan kita berpanjangan, kita bantulah setakat yang mampu tapi bukan dengan DUIT! Masa tu aku bengong tolol tak paham. Kalau dah rakan kita kesusahannya adalah disebabkan duit, takkan kita nak bantu perkara lain yang bukan berkaitan duit. Sekarang aku paham! Sebab duit kita boleh putus sahabat. Sebabnya kita serba salah nak minta. Kalau kita minta pulak nanti kawan yang kita bagi pinjam termalu. Ada juga kawan kita yang malu takde duit nak bayar terus senyap hilang di balik kehidupan harian. Hilanglah kawan kita kan? Pastu bila kita asyik minta walau hak kita, ada sesetengah kawan yang tak puas hati terus nak jeling-jeling dengan kita.

1 comment:

  1. Suke
    Memang ada jenis yg tak paham bahasa macam ni
    Yang nak tanggung nye si pemberi hutang
    Takpelah, kalau hilang tak meninggalkan jejak
    Dekat akhirat nnti menjawab lah ...

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998