GEMPAR PERMOHONAN CERAI MELALUI BLOG

Kosmo! melaporkan tentang permohonan cerai seorang isteri melalui blog. Permohonan cerai melalui blog ini dilaporkan adalah yang pertama di Malaysia. Mesti satu kejutan kepada seluruh rakyat malaysia. Apa yang bermain di fikiran saya, apakah perasaan anak-anak dan ahli keluarga yang dilaporkan bila cerita ahli keluarga mereka dipaparkan di kaca tv. 

Oh! Tetapi takkan wartawan sengaja nak mereka cerita paling tidak pun alang-alang nak mereka cerita, biarlah sesuai pada orangnya. Tetapi wartawan kan ada etika kerja, mana boleh menerbit cerita tanpa fakta.(ada gak yang kureeng etika..hehehe. Yang kurang etika ni la menyebabkan kerana sirap setitik, habis merah air putih kat jag! *wink*) Mungkinkah wartawan tersalah memaksudkan apa yang dimaksudkan oleh tuan empunya blog? 

Hari ni saya sengaja merisik ke blog Mamasita Mamamia! dan ada jawapan telah tersedia. Anda? Nilai sendiri dan jangan tersasar maksud ye . .  

Comments

Popular Posts