Khabar Sedih - Ep 6 - 17. 06. 2010

Awal pagi lagi makcik dah bersiap bila doc maklumkan boleh discharge. Tetapi sebenarnya proses untuk discharge ini mengambil masa yang juga. Surat keluar, pembayaran bil, ke farmasi untuk mengambil ubat dan macam-macam lagi lah. Jam 2.00 petang, saya menjenguk makcik bila diberitahu makcik akan discharge. Senyum lebar makcik di sisi katil sambil menunggu si anak menguruskan hal-hal berkaitan. Hampir jam 4.30 barulah semua urusan selesai. Dan saya rasa seperti lega selepas makcik discharge. Kerana Pak Incek yang akan menjaga makcik buat masa ini, jadi agak mudahlah saya untuk datang ziarah. Dan saya berfikir minggu ini mungkin saya punya peluang untuk merehatkan badan saya..Wah...Senyum panjang saya.

Jam 3.00 pagi (18. 06. 2010) saya dikejutkan dengan deringan telefon. Pak Incek maklumkan yang ambulance dalam perjalanan untuk mengambil makcik. Makcik sesak nafas dan kritikal. Masyaallah..Berpeluh saya. Apa dugaan lagi..Walau pun kepala mamai dek terkejut bunyi telefon, saya gagahkan juga untuk mandi dan bersiap. Lebih kurang jam 4.30 am saya dah sampai hospital serdang. Tak sampai 24 jam makcik dah dimasukkan semula ke dalam wad. Persoalan kami, kenapa discharge pesakit jika keadaannya belum sepatutnya dibenarkan discharge? Pihak kami juga tidak meminta kebenaran untuk membawa makcik keluar. Keputusan semua diletakkan di tangan doc. Pak Incek dah mula melenting dan panas hati. Oleh kerana saya taknak keadaan menjadi lebih huru hara, lebih kurang jam 7.30 pagi, saya menghubungi seseorang untuk membantu saya dalam kes ini. Alhamdulillah..Kes makcik menjadi perhatian top mgmt hospital serdang. Sekali lagi makcik dimasukkan ke wad tetapi kali ini disebabkan keaadaan yang agak kritikal, makcik diletakkan di isolation room. Terasing dari pesakit lain. Nak masuk pun kene tutup hidung dan mulut.

Disebabkan saya bekerja, saya tidak sempat untuk menunggu lama dan tak berkesempatan untuk melihat makcik. Waktu makan tengahari saya peruntukkan untuk melawat makcik dan itulah rutin saya setiap hari hinggalah makcik dibenarkan keluar. Tengahari itu saya menjenguk makcik dan membawa sedikit makanan. Badan makcik lemah, panas dan batuk yang teruk. Matanya merah mengalirkan air mata tatkala melihat saya menjenguknya. Saya urut kakinya, saya duduk disisi katilnya sambil mendengar keluhan hatinya. 

Malam pertama makcik di isolation room, saya telah menjaganya. Keadaan makcik agak diluar kawalan. Mungkin jangkitan kuman puncanya menyebabkan demam yang tinggi. Malam itu setiap 30 min saya bangun menukarkan pampers. Dan ada satu ketika, mungkin makcik kesian melihat saya asyik bangun setiap 30 min, dia pergi ke toilet untuk tukar pampers tanpa mengejutkan saya. Akibatnya, dia terjelepuk atas katil hingga tak mampu untuk bangun dan sesak nafas. Lebih kurang jam 12.30 mlm, suhu badan makcik semakin meningkat. Makcik mula meracau-racau memanggil nama adiknya, nama mak saya, nama anak-anaknya, nama saudar kandungnya yang rapat. Kerap kali dia bertanya kenapa anaknya tak datang menghantar makanan kerana dia fikir dah pagi. Tetapi bila saya katakan masih tengah malam, dia senyap. Naun dalam 30 minit kemudian, dia bertanya lagi. Dengan keadaannya yang batuk, demam dan sukar bernafas menyukarkan dia untuk bertutur. Ada satu ketika makcik menyatakan dia terbau masakan asam pedas yang dimasak oleh adik bongsunya. Apabila saya nyatakan tiada apa-apa dan adik bongsunya tiada disini, dia senyap dan bertanya pada saya jam berapa? Sudahnya saya mengajak makcik sama-sama berzikir, dan saya mengalunkan bacaan yasin tatkala dia asyik berzikir. Habis berzikir, saya terus mengelapkan badannya dengan air kerana katanya dia terlalu panas. Saya cuba rendahkan aircond hingga saya menggigil. Tapi dia masih lagi claim panas. Tiba-tiba makcik sesak tak boleh bernafas walaupun dia menggunakan oxygen. Cepat-cepat saya jerit nama doc yang bertugas. Saya diarah keluar dari bilik dan saya tak tahu apa yang berlaku di dalam. Tapi yang pasti najis makcik adalah darah. Dan itu yang saya maklumkan kepada doc.


Comments