Khabar Sedih - Ep 5 - 12.- 16. 06.10

Hari ni along anak saudara makcik balik ke melaka untuk further study di UiTM.  So, secara automatiknya, tugas menjaga makcik setiap malam adalah pada both anak lelakinya. Tak taulah pasal apa, saya rasa saya juga sepatutnya bertanggungjawab untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab. Tapi setakat kemampuan saya lah. Lagi pula, every lunch time dan petang sebelum balik ke rumah, saya akan datang ke hospital melawat makcik setiap hari. Tu yang saya kata sekemampuan saya. Jadual gilir menjaga makcik dimulakan dengan saya pada malam pertama, Pak Incek malam kedua seterusnya abang Pak Incek malam ketiga. Begitulah rutinnya. Tetapi bila hari minggu, seharian saya di ward menjaga makcik hingga keesokan harinya.

Makcik kelihatan kuat sedikit harini (12.06.10) berbanding seminggu lepas ketika di emergency. Batuk masih ada, kahak masih ada tetapi selera makan tetap tiada. Pening sedikit dan badan lemah masih ada. 

Antara doc yang duty pada minggu tu adalah Doc Hanim. Personally, Doc Hanim nampak lembut perwatakannya tapi sebenarnya dia KASAR! Huh..serius saya tak suka cara dia melayan pesakit. Bukan hanya kepada makcik, tapi pesakit lain juga. Uh..Agak kasar. Sakit hati saya tengok dia melayan pesakit. Mungkin dia perlu belajar kelas berhemah atau customer care servis la...Sombong!!
Malam 16.06.2010 Doc Hanim inform makcik yang boleh discharge. Saya agak pelik sebab saya tengok makcik masih pucat dan nampak letih lagi. Tapi saya bukan doktor untuk membantah keputusan. ada juga saya fikir mungkin itu diperingkat awal, sehari dua nanti makcik akan ok.

Comments

Popular Posts