~ KONTROVERSI TENTANG HOLOCOUST ~


Namun banyak juga keraguan tentang peristiwa Holocaust ini. Ada yang menganggap bahawa Holocaust hanyalah satu hoax (tipu daya). Ada pendapat yang mengatakan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi, tidak pernah ada rancangan untuk memusnahkan bangsa Yahudi termasuk pembunuhan di kem-kem konsentrasi.

Pengingkaran Holocaust atau ‘Holocaust denial’ adalah kepercayaan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi, atau jauh lebih sedikit daripada 6 juta orang Yahudi yang dibunuh oleh Nazi seperti yang selama ini tercatat dalam sejarah, bahawa tidak pernah ada rencana terpusat untuk memusnahkan bangsa Yahudi, atau bahawa tidak ada pembunuhan di kem-kem konsentrasi. Mereka yang percaya akan hal ini biasanya menuduh bangsa Yahudi atau kaum Zionis mengetahui hal ini dan mengadakan konspirasi untuk mendukung agenda politik mereka.

Ini karena Holocaust dianggap ahli-ahli sejarah sebagai salah satu kejadian paling banyak didokumentasikan dalam sejarah, dimana didalamnya terdapat banyak fakta-fakta atau pandangan-pandangan yang dianggap tidak credible (tidak boleh dipercayai), sehinggakan terdapat organisasi-organisasi seperti American Historical Association mengatakan bahawa ‘Holocaust denial’ sebagai ‘at best, a form of academic fraud’. Pernyataan ‘Holocaust denial’ secara umum adalah satu pelanggaran undang-undang di sepuluh negara Eropah, termasuk Perancis, Poland, Austria, Swistzerland, Belgium, Romania, dan Jerman.


Holocaust deniers lebih suka disebut sebagai Holocaust ‘revisionists’. Kebanyakan ahli sejarah mengatakan bahawa istilah ini menyesatkan. ‘Historical revisionism’ adalah bahagian daripada ilmu sejarah iaitu penyelidikan ulang dari ‘accepted history’ (sejarah yang sudah diterima secara umum) dengan tujuan untuk lebih memperjelas peristiwa tersebut. Sebaliknya, ‘negationist’ secara sengaja menggunakan catatan sejarah yang salah seperti ditulis Gordon McFee, “Revisionists depart from the conclusion that the Holocaust did not occur and work backwards through the facts to adapt them to that preordained conclusion. Put another way, they reverse the proper methodology … thus turning the proper historical method of investigation and analysis on its head.”

Public Opinion Quarterly juga menyimpulkan : “Tidak ada ahli sejarah terkemuka yang mempersoalkan kebenaran Holocaust, dan mereka yang mendukung ‘Holocaust denial’ kebanyakannya adalah anti-Semitik atau neo-Nazi.”




‘Holocaust denial’ sangat popular kepada penentang-penentang Israel daripada golongan Muslim kerana memang banyak bukti yang dikeluarkan oleh ilmuwan barat sendiri yang menjelaskan kebohongan Holocaust ini. Dr. Mahmoud Abbas Presiden Palestina meragui bahawa kamar gas digunakan untuk membunuh orang-orang Yahudi dan mengatakan bahwa jumlah orang Yahudi yang dibunuh dalam Holocaust kurang daripada 1 juta orang. Abbas belum pernah menyatakan pandangan ini sejak menjadi Perdana Menteri Palestin pada tahun 2003, dan dia menafikan bahawa dia adalah seorang ‘Holocaust denier’. Pada akhir 2005, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pula mengeluarkan kenyataan dengan menggambarkan Holocaust sebagai ‘mitos pembantaian orang Yahudi’.

Beberapa penentang mengenai kebenaran Holocaust itu sendiri bahkan terdiri daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut. Misalnya pada tahun 1964, Paul Rassinier yang merupakan mangsa yang terselamat dalam korban Holocaust telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘The Drama of European Jews’. Dalam bukunya, beliau menyatakan bahawa sebenarnya tidak terjadi pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi terhadap Yahudi, jumlah korban tidak sebesar itu (6 juta), dan tidak ada bilik gas beracun.


Comments

Popular Posts