NAsi Arab Punya Pasal

Hari ni tetiba teringin sangat nak makan ikan bakar di Jalan Bellamy belakang istana. Bila sebut nak makan ikan bakar di Jalan Bellamy, haruslah keluar awal. Kalau tak, alamatnya Q panjang la. Owh! Tak sanggup membayangkan dengan keadaan panas, berasap dan kene Q. Berjanji dengan Cik Okumura dan kami keluar awal....Hahahah..Dengan terliur Cik Okumura berhemah memandu, stop sekejap kat Petronas dan berdating dengan Cik Maybank. Teruskan perjalanan dan stop sekejap di Maulana Serdang sebab berjanji dengan En. Vet. Kui kui kui..Janji punya janji, tunggu punya tunggu, naik berasap punggung menunggu 30 minit kemudian baru En. Vet sampai. Aduhai...Cik Okumura dah bebel bebel. Tipu!! Saya bebel sebab saya dah lapar. Wakakaka. 

Cik Kelisa di pandu oleh Cik Vet sebab Cik Okumura malas memandu di tengahari. Kami menyusur melalui serdang raya. Kononnya jalan agak dekat. Rupanya sesak maha teruk..aduhhhh!!!! Aircond Cik Kelisa pulak ala-ala panas sejuk. Berpeluh!! Tetiba En Vet kata ' Lebih baik U turn then kita ikut highway depan'. We all serentak cakap 'I follow'. Elok je u turn, tak lama kemudian jalan yang menghala ke highway juga sesak. Grrrrrr...Lagi sekali En. Vet beri cadangan 'kita makan Nasi Arab nak tak? Sedap tau. Kat depan South City Plaza. Ni kompem sampai medan ikan bakar dah full'...Cik Okumura menyampuk 'Uish! Nasi Arab sedap tau..'. Oklah..I follow....

Cari parking punya lah susah. End up, En Vet parking betul-betul disebelah laluan kereta keluar..Tak menghalang kereta keluar tapi menghalang pejalan kaki. Sebab masing-masing dah lapar, semuanya jalan laju ke Restaurant. Me order nasi wif chicken dan apple juice. Cik Okumura nasi wif lamb dan Ice Lemon Tea dan tak dilupakan En. Vet si tukang belanja Nasi wif lamb dan air teh panas. Pertama kali saya merasa nasi arab. Nasi nya lebih panjang dari nasi beriani dan sangat lembut dan lemak dan sedap lah! Cuma hidangan ni takde kuah. Nasib baiklah chicken dan lamb tu lembut.


Apple Juice for me and Ice lemon tea for Cik Okumura

for me
For Cik Okumura dan En. Vet

Yummy. Net time boleh datang lagi. Hahaha. En. Vet @ Cik Okumura sila belanja saya di masa akan datang ye. Nak bagi tau jugak, saya makan tak habis tau sebab nasi tu banyak giles..yang bulat cam hangus tu adalah tomato yang dah di bakar ye. Sila berhenti fikir apakah benda bulat itu. *wink*. Selepas makan, we chit chat..agak lama juga till saya tengok jam dah cecah ke angka 2.00pm. Tq En. Vet membelanja kami ditengahari..hahaha..Masa dok gelak-gelak sambil berjalan menuju ke kereta, tetiba saya ternampak sesuatu...Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah gara-gara En. Vet Park Cik Kelisa di sini!
En. Vet! Sila bayar clamping RM50. Huhuhuhu

Comments

Popular Posts