THE NUREMBERG LAW

Dua rang undang-undang bagi menghalang orang-orang yahudi daripada mendapat kebebasan sama rata seperti bangsa Jerman yang dicipta oleh adolf Hitler telah diluluskan oleh parti Nazi dalam satu persidangan di Nuremberg pada 15 september 1935.

Pertama ‘The Reichsburgergesetz’ (German : Law of The Reich Citizen), mengahalang hak-hak kewarganegaraan bangsa Yahudi di Jerman.

Kedua adalah ‘The Gesetz zum Schutze des Deutschen Blutes und der Deutschen Ehre’ (Law for the Protection of German Blood and German Honour), kebiasaannya dipanggil sebagai ‘The Blutschutzgesetz’ (Blood Protection Law), melarang perkahwinan atau apa jua bentuk hubungan antara bangsa yahudi dengan bangsa Jerman. Undang-undang ini merupakan salah satu undang-undang racist Nazi yang menjadi kemuncak bagi peristiwa holocaust. 

 


Dibawah undang-undang ini, bangsa yahudi (perempuan) dibawah umur 45 tahun tidak dibenarkan memohon sebarang perkerjaan perkhidmatan awam. Mereka juga dihalang bagi mendapatkan hak untuk mengundi dan tidak berhak memiliki pejabat awam. Passport mereka juga dicop dengan huruf ‘J’ berwarna merah bermaksud ‘J’ untuk Jude : ‘Jew’ (Yahudi) dan setiap mereka dipaksa mendapatkan cop ini pada passport mereka. Selain itu mereka juga dihalang bagi mendapatkan sebarang bentuk perkhidmatan perubatan.

(Gambar : The cover page of German pasport stamped with the letter ‘J’ (Jude) identifying its holder, Karoline Rulf as a Jew)

Comments

Popular Posts