Tuesday, 27 July 2010

SAKIT MENTAL SI PEMANDU WSE 3447

Alololo...Emosi saya berasap ni tapi saya mulakan penulisan saya dengan kalimah manja-manja gitew..Supaya terbit emosi rilex kononnya. Hehehe...

Masuk ke opis hari ni terus saya letak status kat fb. Status geram ko!!




Apa tak geramnya, makhluk mana ntah ni telah membuatkan perasaan saya yang aman tenteram jadi panas. Iskh!! Saya pemandu macam  orang lain juga yang memandu kereta. Memandu di tengahari yang menuntut kesabaran yang tinggi. Tingginya KLCC tinggi lagi kesabaran  diperlukan ketika memandu. Kalau memandu waktu tenghari, eloklah dengar lagu ke, pakai cermin mata hitam..kan panas cuaca diluar jadi mata jadi sejuk hati pun pun cool je.

Saya tak ambil laluan dia..Saya mengikut giliran saya. Saya memintasnya mengikut laluan saya. Tentulah dengan skill terbaik bila memintas kenderaan, dan yang paling penting keselamatan diutamakan. Kita pilih laluan kita sendiri, laluan pilihan kita tu cepat atau tersengguk-senguk adalah pilihan sendiri. Yang nak buatkan kemarahan orang lain apehal?? Sebab engkau adalah pemandu lelaki? Sebab engkau memandu GEN 2 dan saya hanya honda buruk? Sebab yang memintas engkau adalah pemandu wanita yang hanya tersenyum sambil mendengar lagu tanpa ada niat pun untuk melayan aksi F1? engkau? Curlastt ke engkau tu? Engkau jadi marah? Bodoh!! Engkau melayan ego bodoh bangang engkau dengan memblok pemanduan saya till sanggup membahayakan nyawa sendiri. Saya lihat kereta engkau dah melayang-layang ke kiri kanan semata-mata nak menghalang saya memotong engkau lagi.  Saya hendak memotong kerana engkau memandu lembap di laluan laju. Rupanya engkau sengaja sebab sakit hati dengan saya yang memotong engkau after traffic light.  Maaf ye, pemandu ini adalah berspesis JANTAN! Bukan lelaki dan kalau nak sangat claim as lelaki engkau adalah LELAKI BIADAB! Sampai mana engkau mampu nak menghalang saya? Kesesakan dan arah saya yang berbeza dari engkau. Akhirnya saya tinggalkan engkau dengan senyuman dan lambaian bai-bai serta signal jari mengetuk kepala..Mental kah engkau???  

P/s : Engkau - Pemandu GEN 2 Plat no. WSE 3447.


2 comments:

  1. huih ganazlah awak.....
    selalunye saya jadi polis trafik kat sebelah abg erebus saya ha ha ha sebab sememangnye spesis diorang ni 'dia buat boleh, orang lain buat tak boleh'. Semoga emosi awak semakin membaik sekarang. Owh jgn lupa accept fren request FB saya!

    ReplyDelete
  2. spesis macamni memang angkuh!! Ego menongkat langit..Cait!..

    Dah accept dah..:)

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998