Wednesday, 11 August 2010

HARAPAN RAMADHAN - HARI 1 PUASA 1431H

Salam Ramadhan buat semua. Hari ini hari pertama kita semua berpuasa. Dan  secara jujurnya tiap kali Ramadhan saya mesti akan sayu. Air mata saya muda sangat nak mengalir, murah sangat harga air mata saya. Entri kali ini tak berfokus cuma ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua pengunjung yang membaca blog saya, memohon ampun dan maaf  dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sekiranya ada tulisan saya yang telah menyinggung mana-mana pihak.

Lagu ini sangat menyentuh hati saya. Dan bila lama-lama saya dengar dan hayati lirik ini, hati saya terasa tenang..sejuk...bahagia sangat. Percaya tak, saya suka dengar lagu ini walau pun bukan pada Ramadhan? Percayalah!



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998