Benarkah Rebina ada Kandungan Arak?

Kerja saya melambak-lambak. Saat saya mengetuk huruf di papan kekunci ni pun saya sambil scan dokumen. Tak penting nak bercerita tentang itu. Yang penting saya nak share tentang ini. Ini lebih penting dari segal-galanya. Saya sanggup berhenti 10 minit hanya kerana ingin menyampaikan berita yang baru saya terima kepada saudara-saudara seislam dengan saya kerana saya memikirkan ini adalah satu amanah dan pstinya saya akan disoal di SANA nanti.

Tentang halal/haram kandungan makanan/minuman. Tentang RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK. Bila umur saya menjejak ke angka matang, saya bukan penggemar dan peminum ribena tegar. Tapi ada jugaklah saya meminumnya sesekali terutama saya menjengah KFC. Saya jadi peminum tegar ribena ketika saya kecil. Tentulah saya merengek pada mak abah saya untuk membelikannya. Apatah lagi ketika usia saya yang baru pandai berlari, saya dikatakan seperti tidak mahu meminum susu. Disebabkan susu dipandang sebelah kiri, mak saya telah menggantikannya dengan ribena dan sejak itu saya adalah peminum tegar ribena. Ianya beransur berkurangan bila saya menginjak dewasa. Dan saya masih seperti terasa ribena 25 tahun dahulu berbeza sedikit rasanya. Pergh!! Kotak memori saya mula berfungsi..hehehe. Ok! Serius! Jika benar seperti yang diperkatakan, saya terfikir sekarang ini. Ini baru pada ribena, belum lagi pada makanan lain yang kita tidak kenal pasti. Selama ini darah daging saya telah bercampur dengan hasil makanan/minuman yang meragukan. Saya pernah terdengar perihal kandungan ribena yang meragukan beberapa tahun yang lepas dan cuba dapatkan artikel dengan cik google, tapi tak berjaya. akhirnya..

~Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Semoga amalanku ibadahku  dan setiap saudara seislam denganku diterimaMU Ya Allah..Amin.~



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


Comments