Khabar Sedih - Ep 7 - 18.06.2010
Malam kedua Makcik di Isolation Room di jaga oleh anak sulungnya. Saya maklumkan kepada Pak Incek apa yang terjadi pada malam tu. Pak Incek juga memaklumkan kepada abangnya apa yg terjadi kepada ibunya.
Selesai kerja, saya terus ke hospital untuk mandikan makcik. Makcik tak boleh berjalan, jadi saya telah mengelap seluruh tubuhnya, memakaikan pampers dan menukarkan baju. Selesai semua proses itu, barulah saya pulang. Inilah routine saya setiap hari. Makcik kurang selera makan, tapi demamnya dah berkurang tak seperti malam sebelumnya. Sempat saya berpesan pada abg Pak Incek supaya meletakkan tuala basah di badan makcik sekiranya makcik mengadu panas sebelums saya pulang.
Esoknya, saya datang waktu lunch. Saya belikan makanan tengahari dan kami makan bertiga di Isolation Room. Macam biasa, makcik kurang selera. Asyik batuk dan berkahak. Pada ketika itu lah juga makcik bercerita pada malam anak sulungnya menjaga, dia telah dibawa oleh doc dan nurse ke bilik-bilik lain. Dia memanggil-manggil anaknya tetapi anaknya tak dengar. Dia seperti di bawake bilik gelap. Kami cuba bertanya pada si abang dan abangnya mengatakan ibuanya tidak kemana-mana dan tiada doc yang membawa ibunya. Malah dia berjaga dan beberapa kali dia mengatakan pada ibunya dia tidak kemana-mana bila dilihat ibunya asik memanggil namanya. Makcik meracau lagi...Saya katakan pada Pak Incek mungkin kerana faktor demam panas..
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.