Thursday, 26 August 2010

Khabar Sedih - Ep 8 - 20.06.2010

Harini makcik duduk di wad biasa. Demam dah berkurangan dan tak perlu dikuarantikan. Tetapi masih bleeding dan itu yang sangat merisaukan kami. Makan kurang selera, hari-hari doc ambil darah tetapi keputusan tak diketahui lagi. Akhirnya saya terpaksa menghubungi seseorang yang berkaitan dengan hospital ini untuk berbuat sesuatu. Malam itu, doc surgery datang untuk melihat tahap bleeding makcik. Beberapa kemungkinan dilaporkan oleh doc. Antaranya ialah dinding dalam perut makcik ada ulser dan berdarah. Apa yang boleh dilakukan adalah terpaksa melalui proses endoskopi dengan memasukkan ubat melalui skop. Skop ini dimasukkan ke perut melalui tekak.Tetapi doc juga tidak memberi jaminan apabila proses ini selesai, bleeding akan baik. Ini hanyalah peringkat permulaan. Malam itu juga makcik diminta berpuasa kerana skop akan dilakukan esok. Saya sedar hakikatnya, makcik agak tua (62) mungkin tenaganya kurang mampu untuk menahan lapar apatah lagi pendarahan yang banyak. Makcik asyik meminta untuk minum dan makan sedangkan dia perlu berpuasa bagi mengelakkan perkara buruk. Dan proses endoskopi TAK AKAN DILAKSANAKAN sekiranya pesakit tidak berpuasa. Memang ianya menguji kesabaran kami. Tapi apa daya kami. Kami cuba dapatkan advise doc, dan doc benarkan minum 5 sudu soup sahaja malam itu. Mujur Pak Incek agak tegas dengan ibunya. Ianya adalah untuk kebaikannya juga.

Pagi esoknya makcik melalui proses endoskopi dan doc juga meminta supaya tidak makan @ minum selepas proses ini. Ini adalah supaya ubat yang menutupi kawasan luka meresap dan juga untuk melihat hasil skop. Lagi sekali kesabaran kami teruji. Makcik agak degil bila bab makan. Dia seakan-akan tidak paham dan mengatakan tidak apa! Oh..Saya tak mampu nak handle situasi ini. Lagi sekali Pak Incek berkeras demi kebaikannya. Mujur puasa cuma sehari dan dibenar minum 3 sudu air.

Alhamdulillah..Makcik beransur sembuh sedikit demi sedikit tetapi jangkitan kuman masih tidak hilang. Darah diambil setiap hari 3 kali sehari. Oxygen masih di paras tinggi dan air masih dimasukkan berselang dengan 3 pain darah. Setiap kali giliran saya menjaga makcik, saya perlu mengurut kaki agar kurang rasa sakit di kaki. Makcik masih memakai pampers kerana makcik tak boleh lagi berjalan atau bangun. Tetapi najisnya tidak berbau dan saya tidak punya masalah untuk mencuci berak kencingnya dan mengelap atau menukar pakaian. Dan saya perasan setiap kali, saya nak menukar pampers, makcik akan menangis melihat saya. Saya tau kenapa dia sebak tapi saya biarkan sahaja dia melayan perasaannya

2 comments:

  1. Bagusnye awak...
    saya harap saya mampu jadi mcm awak bila tiba masanya nanti.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..tapi saya buat semua tu sbb desakan rasa tanggungjawab kepada insan. tu je...

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998