Tuesday, 24 August 2010

Saya Kene Tag

Pagi tadi saya sedang siok melayan komen-komen mebina dari rakan taulan di FB. Sila kagum ye. Wah! Macam la ramai kawan. Nak jugak bunyikan rakan taulan. Hehe..Tetiba saya dapat msg ni.



Saya pun baca sambil senyum-senyum kambeng gurun. Pastu terus click kat link yang ada la kan. Saya dah seprais dah. Ingatkan link apa tadi, tapi kau hentam saja la labuuuuuuuuuu..Hehehe..Rupanya link blog akak kita si Adila. Cam nama adik kita la awak..hehehe..Saya pun baca, baca dan terus membaca. Pastu saya rasa cam kagum sekejap. Dalam hati saya berkata..uh! akak kite ni ala-ala glam curlast gitew...Nak banding dengan apa yang ada dalam closet saya? uh!!! Sangat malu..Saya cuma ada pakaian yang biasa-biasa je..Saya siap tag kat hati saya, nantilah kalau saya dah kaya raya..saya pun nak koleksi yang saya idam idamkan...huhuhu.. Pastu saya terus surfing internet lagek..Pastu terbukak lagik post terkini akak Adila kita ni. Pasal Lemari anak dia. Kemdian saya siap komen-komen lagik. Huhuh..Pastu saya baca older entry, saya baca komen dari CMelor plak. Akak Adila kita ni plak reply lebih kurang macam minta CMelor buat entry macam entry dia coz dia tak tau nak tag orang katanya...Saya tau ke? Hahahahah...Pastu saya tersedar! Oooooo...Akak Adila kita ni tadi tag-tag orang kat FB lebih kurang nak mereply entry Top 10 Closet dia ke? Hahahahah..Ntah betul ntah tidak saya fikir..Hahaha. Saya pun tetiba jadik cam semangat nak menjawab entry dia tu. Tak kira la dia tag saya atau tak. Sangat perasan la saya. Walhal tadik saya dah kata, saya malu..sebab jauh tarafnya kan kan..Owh tersangat gediklah saya ni. Hahahahaha..

T. Shirt
Saya gemarkan T. Shirt warna putih, hitam atau soft pink. Warna lain saya kurang masuk sebab saya ni kan warna milo. Boleh ngam ke saya pakai warna-warna lain selain warna hitam dan putih. Pink tu sebab saya suka, so saya belasah je. Adidas, Nike, Polo dan Puma antara pilihan saya bila memilih warna hitam dan putih. Yang berbunga pula saya sukakan Christian Audigier. Kerana kebanyakan brand ini membentuk tubuh, jadi saya suka menyarung cardigan untuk mengkaver bentuk tubuh saya yang maha dahsyatnya. Yang lain-lain jenama murah je yang saya belasah hari-hari di rumah. Body shape saya tidak se cun akak Adila kite ye. Harap maklom!

Pakaian Pejabat
Sekarang saya lebih suka memakai baju kurung moden @ klasik je. Lama saya peram kebaya kerana belum sesuai sekarang saya nak melaram. Maklumlah, dah ada lebihan di badan. Kene la simpan semua kebaya saya. Tapi sesekali saya kenekan juga office wear suit dari ELLE, G2000 dan Polo. Tapi tak banyak koleksi saya coz saiz badan saya belum mencapai yang saya inginkan. So, pembelian harus di hold till further notice. Hahaha.

Jeans
Saya memang banyak jean tapi yang murah-murah dan dah lama-lama. Yang ada nama dan ada sedikit mahal cuma 3-4 helai je. Antaranya yang ada di closet saya Dolce And Gabbana, CK, Levis (paling banyak sebab selesa). Semuanya straight cut.

Handbags
Saya memang sukakan handbag tapi saya tak mampu lagi nak beli yang mahal banyak – banyak macam akak Adila. Oh! Untuk yang ke seratus tujoh pulah Sembilan kali saya menyebutnya. Kah kah kah. Serius saya fan maut dengan Coach dan LV dan buat masa ni yang mahal dalam simpanan saya adalah satu dua je. Coach madison op art sateen top handle pouch, madison Maggie both by Coach dan. Tu pun saya berkirim dari seseorang yang berholiday ke luar Negara awal tahun ni. Ni tengah usha new poppy sequins spotlight by Coach. Dah tengok kat One Utama tempohari. Huhuhuhu…Belum cukup wet lagi nak beli. Untuk ke pejabat hari-hari saya belasah Carlo Rino je. Yang lain jenama gah takmo kalah tapi bukan ori. Hahahah..

Belt
Yang ado hanya setakat nak kaver seluar yang tiba-tiba pakai terasa longgar. Hehehe

Seluar sukan
Tak banyak ada. 4 helai dari Adidas 1 dari New Balance. Yo!! Sayang Adidas. Hahaha..

Kasut
Macam-macam kasut saya dah pakai dari tinggi 1 inci sampai la 3 inci. Tapi haruslah saya dengan ketinggian 3 inci konon nak vogue de vass..Kah kah kah. Merata kedai saya beli, Crocs dengan haloba saya beli 3 (ni ogiginal dan best... Jangan beli tiruan nanti kene tangkap, kan tengah kecoh sana sini ni…hahahah..poyo nak menunjuk yang ko de coach la tu..haha). Vinci, Nichii, Esarli, Carlo Rino, V-Ki, (serius tak best pakai. Sekali je beli dan sekali je pakai)scholl, Nose, Elle, Alain Delon, Hush Pupies, Bonia..Macam-macam lagilah. Ada dekat 30 pasang kat umah tu tak termasuk kasut sukan..Disebabkan entry ini ditulis kat opis, mana la saya ingat semua yang saya ada. Yang saya senaraikan takat yang saya selalu pakai je dan yang saya teringat dan yang saya tinggalkan kan kat opis. Ada juga yang saya tak pernah pakai pun. Hahaha..Dasar tamak lahoba!

Jam
Jam saya tak glemer. Ada few yang tak berjenama tetapi sangat berjasa. Dan ada 1 datangnya dari jepun (ntah tak hengat namanya sebab dok tersimpan kat laci umah) yang usianya dah hamper cecah 8 tahun. Rock gila jam tu tapi sangat curlast pada saya.

Shades
Shades Gucci je yang tinggal tu pun dah outdated kot. Nak beli lagi belum mampu. So yang sentiasa saya bawak ke hulu ke hilir sekarang shades yang kurang popular jenamanya tapi harganya bolehlah tahan dan usianya pun dah hamper cecah 2 tahun.

Parfume
Saya tak banyak parfume. Semua tinggal baki sikit-sikit je. Yang masih berbaki Burberry Brit Shedr, CK, Laph Lauren, Body Shop Vanilla Vanille, Tommy Girl, Bvlgari dan Estee Lauder Pleasures, Sean Jean, Lancome, Dreaming Tommy Hillfiger. Saya ni suka simpan botol parfume..Tak taulah dah berapa banyak yang saya dah buat koleksi.

Mekap
Saya ni tak pandai nak makeup pun. Beli pun asal boleh je. Asal tengok cantik, saya belasahlah. Tu pun berbulan baru nak abih! Antaranya Lancome set, Revlon, Mac dan ada la yang biasa-biasa ntah saya tak hengat nama.

Tudung
Ala jenis macam orang pakai sekarang. Ariani 2-3 helai, Freeda sehelai, serupa jenis ariani Mayra tapi lupa brand apa hamper 30 helai, selendang freeda dan selendang selai 10 hengget adalah dekat 20 helai, tudung bawal 20 helai. Yang lain tu tudung bawal yang murah-murah harga 10 hengget utk saya pakai jalan-jalan @ belasah-belasah.

Dah lah..Dah banyak sangat tu. Lagipun biasa-biasa je. Malu je collection saya yang ntah apa-apa asal boleh. Dah terlebih –lebih plak dari Pn. Adila. Kompem Pn. Adila menyampah saya dok sebut nama dia je.. Jangan harap gambo sebagai bukti. Entry ni saya tulis kat opis bila masa saya nak snap. Lagipun inikan Ramadhan…Paham-pahamla kan..Takkan la mende nih seme nak tipu2..hehehe..Kira saya dah menjawab la kan Pn. Adila ye....Siap berlebih-lebih kan kan?



1 comment:

  1. saya ketawa membacanyee hihihi... byknye nama saya disebut hua hua hua
    Saya ditag pada tahun ini... kalau saya ditag tahun lepas2, confirm saya tulis... "Saya takde lemari pun"

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998