Wednesday, 8 September 2010

ADA MAKNA RAYA?

Saya masih dipejabat ketika entri ini ditulis. Esok juga saya harus ke pejabat.  Hari isnin hadapan juga saya harus dipejabat. Tak ada yang menggembirakan hari raya tahun ini dan ianya seperti juga hari raya tahun lepas. Menjelang raya, dugaan demi dugaan datang. Kereta saya di worksyop sekarang dan saya tak pasti saya dapat ambil sebelum raya. Janji-janji dari hamba-hamba allah tak tertunai. Semuanya tak menjadi seperti yang dirancang. Sedih? Sangat sedih..Tapi..Ini hanyalah hari raya. Nanti saya oklah semula!

Biarlah saya tak beraya ke rumah sanak saudara tahun ini. Yang penting saya dapat beraya dengan keluarga saya pada hari raya pertama. Dapat salam tangan mak abah dan kumpul dengan adik-adik dah memadai. Tahun ni saya tak mampu nak beri duit raya pada anak buah dan adik saya termasuk lah mak abah. Nasib baiklah awal-awal sebelum puasa saya dah sediakan persalinan untuk mak abah. Dah tempah kuih muih. Dah peruntukan belanja lauk sedikit untuk keluarga. Yang lain-lain saya tak fikir sangat. Saya dah tua, takde apa yang menarik hari raya untuk saya. Mungkin belum rezki saya lagi tahun ini. Harap-harap tahun hadapan adalah sedikit rezki untuk saya.

2 comments:

  1. Sabar, ye... saya faham perasaan Ale. Harap2 nanti lepas kawin dengan Pak Inchek, semuanya akan berubah jadi lebih baik. Tapi kalau masih ada dugaan mendatang, masih kena sabar lagi. Susah sama susah, bila senang, sama2 merasa senang.
    Yang penting hari raya pertama dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga. Kak Lya punye adik ipar menghilang dengan sosilawati, tak balik2 lagi. Bila tak cukup sorang, mcm mana nak raya ni? Doakan Kamil balik sebelum raya dengan selamat, ye.

    ReplyDelete
  2. Ye ke? Dugaan hebat..Semoga adik ipar kak lya kembali dengan selamat.. Neway, story nyer camne?

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998