Tuesday, 14 September 2010

Tumis Kering Javanesse Style

Hari ni saya nak buat entri pasal masak-masak. Nyampahlah ko Mak Incek, bajet ko pandai masaklah tu..huhuhu...

Semalam petang saya terajin sket ke market..Tu pun sebab mak soh beli barang dapur. Hahaha..Tehehehe...So, tetiba saya rasa macam tingin nak masak..So saya pun cekut apa-apa yang perlu untuk masak. Masak apa? Jeng! Jeng! Sila salin resepi kat bawah ye..Pastu kalo nak modifaid, suka koranglah..Tapi inilah yang ilmu mak saya turunkan..Huhuhu..

TUMIS KERING JAWA

Bahan A (Goreng) :
Kentang - potong kecil segi 3 (Bukan potong buah dadu ye..)
Tauhu putih - Potong 4 segi memanjang (jangan potong comel sangat atau saiz badak ye)
Tempe - Potong nipis sebesar ibu jari anda yang comel
Fucuk
Suhun
Hati/pedal ayam - (Kalo korang suka nak masukkanlah. Taknak pun takpe)

Bahan B (Tumbuk):
Bawang merah - Aggar sendirilah
Bawang putih - Anggar sendirik gak
Cili Api - Kalo nak pedas, korang letaklah banyak-banyak
Belacan - Sebesar ibu jari kaki korang (hehehe..Sila anggar sendirik)
Udang kering/Bilis
* Tumbuk semua bahan B

Bahan C :
Cili kering - Gunting halus menyerong (jgn lupe buang bijinya..Nanti pedas melampau)
Santan pekat
Air
Air asam jawa
Kicap Cap Kipas Udang
Garam


Caranya :
Goreng kentang, tauhu, tempe dan fucuk dan angkat. Fucuk yang telah digoreng harus direndam. Rendam sohon.

Tumiskan bahan B sehingga cili betul-betul masak. Kalo tak masak, korang gak yang sakit perut..Saya tak jamin ye..Heheheh..Bila dah masak, masukkan cili kering dan kacau-kacau sampai nampak cun la cili tu. kemudian masukkan air asam jawa dan kacau-kacau. Pastu masukkan santan pekat dan air. kacau lagik sampai naik bau. Anggarlah air tu ye, jangan bayak sangat jangan sikit sangat plak. Pastu masukkan kicap, dan garam. Jangan letak kicap sampai hitam pekat plak kuah tu...

Pastu bila dah gelegak, rasa la kuah tu. Mesti kene ada rasa masam, masin dan manis. Baru Kick! Kemudian masukkan sohon dan diikuti dengan bahan A yang digoreng tadi. Kacau hingga rata dan kuah kering. Ada setengah orang, suka yang basah-basah, ada setengah orang suka yang garing-garing

Tumis kering jawa ni best kalo makan dengan nasik impit @ ketupat. Dengan nasik pun best gak tau!!! Dan menjadi menu wajib keluarga saya pada setiap hari raya dan hari-hari penting yang lain. Buat sekuali besar pun kompem licin. Kalau di negeri-negeri lain conthnya melaka (cehhhh...Maklumlah My future mader in law org melaka..) mereka tak gunakan cili api dan kicap. Mereka gunakan cili kering dan menambah lengkuas, halis serta serai. Maaflah..Saya kurang menggemarinya sebab saya rasa macam rasanya terlalu bercampur. Sudahlah pula warnanya agak pucat. Hehehehe...

Ni pic saya tapau pagi tadi.
Diet yang sihat ni. Takyah makan nasik lagi dah..hahahah..Sihat sangatla dengan minyak, tauhu, tempe, kentang..Konyang poghut la...
Ini lunch saya hari ini..Hahahahahha..Boley kurus kew????

Sekian, Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998