Tutorial Pakai Selendang 5 Minit

Ha...Tak pernah saya nak buat tutorial2 ni semua. Tapi hari ni saya terlebih baik hati. Bukan apa, sebab ada yang rekuest tunjukkan cara macammana saya pakai selendang. Siap ada yang ketuk pintu bilik saya semata-mata nak tanya camne saya pakai selendang. Hahahah....Disebabkan asyik buat demo je camne saya pakai selendang, adalah lebih baik saya tepek kat sini camne saya pakai selendang. So, sesapa ketuk bilik saya dengan pantas saya jawab 'SILA RUJUK www.alenewphase.blogspot.com'. Hahaha..Kompem nyampah kan..*wink*. Ini adalah cara memakai selendang express. Mengambil masa dalam 5 minit je. Orang ala-ala malas kureng rajin cam saya, bolehlah folo ye..:)

Step 1
 Lipat segitiga hujung selendang.

Step 2
Kemudian pinkan segitiga selendang. Kemaskan bahagian tepi selendang yang disematkan.
  
Step 3
Ambil bahagian selendang yang panjang dan pusingkan kebelakang.
  
Lilitan pusingan boleh dibuat 1 kali atau 2 kali berdasarkan panjang selendang.

 Step 4
Pada lilitan terakhir, pinkan selendang di atas @ ditepi. Terpulang mengikut suke.
 
 Step 5
Selitkan/pinkan hujung selendang

Ini hasilnya dari depan..

Dari belakang.


 Tada....Sangat simple dimple kan? kan? hahahha....5 minit boleh selesai. Bai...Nanti kalau saya rajin, saya tunjuk lak tutorial selendang yang lain. boleh??? Keh! keh!..Err...Sila fokus kepada yang tuan empunya badan je. Gambar sekeliling sila abaikan ye...Ngeh ngeh ngeh..

Comments

Popular Posts